Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Kebenaran Perancangan

Kebenaran Perancangan adalah satu proses permohonan yang mesti dilaksanakan bagi  setiap kemajuan di Negara Brunei Darussalam. Perkara ini adalah bagi memastikan:

1. Kesemua cadangan kegunaan tanah lot bersesuaian dengan kawasan sekelilingnya;

2. Cadangan kemajuan selaras mengikut Syarat Khas Tanah, dasar dan zon perancangan (zoning) terutama dari segi jenis kegiatan, kepadatan, nisbah plot, saiz kemajuan, susun atur, kedudukan dan rupabentuk luaran bangunan;

3. Kesesuaian cadangan jalan laluan, lanskap dan kawasan keluar masuk (point of access) kemajuan yang dirancangkan;

4. Memastikan tidak ada impak negatif dari cadangan kemajuan  kepada persekitaran;

5. Kedayatahanan dan kewujudan infrastruktur dan kemudahan asas yang diperlukan untuk kemajuan yang dirancangkan seperti jalan, pembetungan dan perparitan, bekalan air dan tenaga.


Perkara ini adalah perlu untuk mendapatkan persekitaran yang terjamin dan berdayatahan dalam mengambil kira:

1. Kesan atau impak sesuatu kemajuan tidak akan merosakkan persekitarannya.

2. Kesan kemajuan tidak akan menjejaskan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

3. Cadangan perlindungan dan pemeliharaan terhadap ciri-ciri alam semula jadi (natural features) yang signifikan.

4. Pengindahan, penghijauan dan pembaikan kawasan sekitarnya seperti penanaman landskap.

5. Kapasiti infrastruktur dan kemudahan asas sedia ada seperti jalan laluan, pembetungan, sistem perparitan, bekalan air dan tenaga.

6. Kawasan-kawasan Sensitif alam sekitar seperti kawasan dataran tinggi, kawasan bakau, kawasan paya tidak akan terjejas teruk akibat sesuatu kemajuan.


Jenis- jenis Kemajuan yang memerlukan Kebenaran Perancangan adalah seperti berikut:

 

Perumahan Am:

 

 Perumahan & Perniagaan:

Perniagaan:

 

Industri:

  •     Permohonan Kebenaran Perancangan mestilah dihadapkan oleh Orang Yang Layak atau QP (Qualified Person) iaitu mereka yang berdaftar sebagai arkitek atau jurutera dengan Pihak BAPEQS dibawah Kementerian Pembagunan yang diiktiraf layak untuk menghadapkan permohonan kemajuan tanah dan bangunan. Pemohonan hendaklah dihadapkan oleh QP yang berdaftar 'A' (All Buildings) yang dibenarkan untuk menghadapkan kesemua jenis permohonan kemajuan
  •     Senarai QP berdaftar boleh diperolehi dari website Kementerian Pembangunan
  •     Permohonan  kebenaran Perancangan bolehlah dipohonkan melalui sistem eKP

 Tekan Link dibawah untuk maklumat lanjut;

1. Sistem e-KP

2. Tatacara menghadapkan permohonan Kebenaran Perancangan

3. Tatacara menghadapkan Pelan Bersih

4. Tatacara menghadapkan permohonan insentif kemajuan strata

5. Borang Permohonan

6. Interactive Planning Guidelines

7. Interactive Planning Calculator

8. Statistik

9. FAQs

Back