Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenguatkuasaan

Salah satu bidang tugas yang dilaksanakan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa adalah Penguatkuasaan seperti yang               diperuntukkan di dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 2015 di bawah

              •    Bab 23 (2) ‘Tidak seorang pun boleh, tanpa kebenaran Perancangan, melaksanakan pemajuan mana-mana tanah di                                   dalam kawasan Kawalan Kemajuan’.

              •    Bab 23 (3) ‘Tidak seorang pun boleh, tanpa kebenaran pemecahan atau penyatuan, memecah atau menyatukan mana-                            mana tanah di dalam Negara  Brunei Darussalam’.

              •    Bab 23 (4) ‘Tidak seorang pun boleh, tanpa kebenaran pemuliharaan, melaksanakan apa-apa kerja di dalam suatu                                     kawasan pemuliharaan’.

Mengapakah JPBD perlu mengambil tidakan penguatkuasaan?

             1.   Bagi memastikan pembangunan fizikal yang teratur dan berperancangan mengikut peraturan-peraturan yang                                             telah digariskan oleh  Autoriti  Perancang.

             2.   Menjaga kepentingan orang ramai dan menjamin alam sekitar yang bersih dan indah, sebagai contoh:

                        a. Memastikan rumah-rumah tidak dibina terlalu dekat di antara satu sama lain dan dengan jalan yang sedia ada;

                        b. Menghindarkan percampuran kegiatan-kegiatan yang tidak sesuai.

Seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 2015 di bawah Bab 38(3), Mana- mana orang yang         melanggar ceraian (2), (3) atau (4) adalah melaksanakan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan –

               a)    Dikenakan suatu denda tidak melebihi $200,000 dan

               b)   Dalam hal suatu kesalahan berterusan, dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari selama                         mana kesalahan itu  berterusan selepas disabitkan.

 

Tekan punat dibawah ini untuk maklumat lanjut;

Back