Kos-kos penyelarasan yang dijalankan adalah dibawah tanggungan pemilik tanah atau pemaju atau kedua-duanya sekali seperti
yang diperuntukan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa, 2015.
4. Sekiranya tempoh yang diberikan oleh Pihak Jabatan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang menyalahi adalah tidak mencukupi, bagaimanakah tatacara ingin memaklumkannya kepada Jabatan?
Pihak yang berkenaan bolehlah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan melalui persuratan bagi penelitian Jabatan
selanjutnya. Tempoh masa untuk penyelarasan boleh dipertimbangkan walaubagaimanapun ianya adalah tertakluk kepada jenis
dan impak kesalahan berkenaan.
5. Apakah proses bagi sebarang rayuan yang ingin dihadapkan ke pihak Jabatan?
Sebarang rayuan bolehlah dihadapkan ke Jabatan melalui persuratan untuk penelitian lebih lanjut.
6. Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya menghalang pihak Jabatan dari memasuki tanah ataupun enggan memberikan
maklumat yang diberikan?
Seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa 2015 di bawah Bab 34(4) dan 35(6), perkara-
perkara yang berkenaan adalah menjadi suatu kesalahan.
7. Mengapakah pihak JPBD perlu menjalankan penguatkuasaan? - Bagi memastikan pembangunan fizikal yang teratur dan berperancangan mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh Autoriti Perancang.
- Menjaga kepentingan orang ramai dan menjamin alam sekitar yang bersih dan indah, sebagai contoh: