| | The Brunei Darussalam Geospatial Challenge 2025 (BDGC 2025) is a competition aimed at youths of Brunei Darussalam from the Institutes of Higher Learning to showcase the use of geospatial technology and information to support the nation in achieving the Sustainable Development Goals (SDGs). Two winning teams will represent Brunei Darussalam to compete against students from the ASEAN region at the ASEAN Geospatial Challenge (AGC) 2026.
| %202025.jpg)
|
| | Jabatan Perkhidmatan Penguruan (MSD) dengan kerjasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah memperkenalkan Pemedulian Perkhidmatan Awam, platform online yang membolehkan orang ramai menilai kualiti penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan termasuk Jabatan Ukur bermula pada hari Sabtu, 05 Julai 2025.
Jabatan Ukur sukacita menjemput orang ramai untuk mengisikan kaji selidik ini dengan mengimbas QR Code yang disediakan bagi memberikan maklumbalas mengenai tahap kepuasan dan pandangan awda dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan ini.
| 
|
| | Para Pelanggan Yang Dihormati,
Jabatan Ukur ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Geoportal Ukur dan Perkhidmatan Dalam Talian (Online Services) yang lain telah berfungsi semula dan boleh digunakan.
| 
|
| | Bandar Seri Begawan, 01 Julai 2025 - Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan PingatPingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis berlangsung di Dewan Mawaddah, Setia Point, Berakas.
| 
|
| | Para Pelanggan Yang Dihormati, Jabatan Ukur ingin memaklumkan bahawa gangguan kepada beberapa perkhidmatan digital di bawah jabatan ini adalah berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan termasuk kerja-kerja pengukuhan keselamatan sistem dan aplikasi digital Kerajaan yang dijalankan bersama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dalam usaha berterusan untuk memastikan perkhidmatan digital Kerajaan kekal selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan yang terjejas: - Geoportal Ukur
- Pembelian RSO Sheet, Pelan Akui, Peta Mukim dan Peta Kampung secara online
- Permohonan Hala Kiblat secara online
- Pembelian Geodetic Station
Para pelanggan bolehlah membuat pembelian dan permohonan melalui kaunter-kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Cawangan-cawangan Daerah semasa waktu bekerja. | 
|
| | Para Pelanggan yang Dihargai,
Dengan penuh hormat dimaklumkan perkhidmatan kaunter dan pembelian peta-peta akan ditutup pada hari Isnin, 04 Muharram 1447H / 30 Jun 2025 sempena PENUTUPAN AKAUN BANK BAGI PERTENGAHAN TAHUN 2025.
| 
|
| | Pembelian CP dan RSO kini boleh dilakukan di kaunter Jabatan Ukur. Harap maklum, sistem Geoportal serta perkhidmatan dalam talian sedang mengalami penutupan sementara waktu.
|
|
| | Bandar Seri Begawan, 17 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang anugerah ASEAN Geospatial 2025 telah diadakan di Bilik Hidayat, Ibu Pejabat Jabatan Ukur, di sini. ASEAN Geospatial Challenge 2025 telah diadakan pada Julai 2024 yang lalu dan disertai oleh lima (05) pasukan yang mewakili institusi pengajian tinggi iaitu UBD, UTB, UNISSA dan IBTE. Dua pasukan telah mewakili Negara Brunei Darussalam dalam penyertaan “The ASEAN Geospatial Challenge 2025 (AGC 2025)” yang dianjurkan oleh Singapore Land Authority (SLA). Team GEoTrailblazers dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah memenangi Distinction Award manakala TeamFTI dari Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) memenangi Excellence Award.
| 
|
| | Bandar Seri Begawan, 06 Mei 2025 - Seramai 30 orang pelajar program HNTEC in Geomatics dan 5 orang tenaga pengajar IBTE pagi tadi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. Kehadiran para pelajar dan tenaga pengajar berkenaan dialu-alukan oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.
| 
|
| | Ucapan Tahniah kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan di atas Pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun.
| 
|
| | Pihak Jabatan Ukur ingin memaklumkan Nombor Talian Telefon Ibu Pejabat Jabatan Ukur buat masa ini tidak berfungsi. Pihak Jabatan memohon maaf di atas kesulitan berlaku. Sebarang Pertanyaan bolehlah berhubung melalui emel rasmi Jabatan: info@survey.gov.bn
| .png)
|
| | Bandar Seri Begawan, 27 Mac 2025 - Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya sempena menyambut bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025 Masihi berakhir petang tadi dengan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Beribi. Majlis pada tahun ini telah dikelolakan oleh Jabatan Ukur.
| 
|
| | 04 Mac 2025, Bandar Seri Begawan - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada hari ini telah membuka tirai Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025 Masihi bertempat di Surau Kementerian Pembangunan. Pada tahun ini, majlis berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Ukur dan dijadualkan berlangsung selama tiga minggu di Surau Kementerian Pembangunan.
| 
|
| | Dikongsikan waktu operasi perkhidmatan kaunter Jabatan Ukur termasuk Cawangan Daerah sepanjang bulan Ramadhan 1446H
| 
|
| | 25 Februari 2025, Selasa, Daerah Tutong - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 Tahun, Tahun 2025, Jabatan Ukur telah mengadakan Eksplorasi GPS di Bukit Amboq, Tutong. Objektif acara diadakan ialah bagi menyemarakkan keharmonian dan mewujudkan masyarakat bersatu padu.
| 
|
| | Buku Air Pasang Surut boleh didapati di Kaunter-kaunter perkhidmatan Jabatan Ukur termasuk Cawangan Daerah (Tutong, Belait dan Temburong)
| 
|
| | Dengan hormat dimaklumkan perkhidmatan kaunter dan pembelian peta-peta akan ditutup sempena Penutupan Akaun Bank bagi Akhir Tahun 2024: pada hari Selasa, 29 Jamadilakhir 1446H / 31 Disember 2024M
Para Pelanggan boleh membuat pembelian atas talian melalui laman sesawang: http://www.mod.gov.bn/survey atau scan QR Code
Sekian. Harap Maklum.
| .jpg)
|
| | 12 Disember 2024, Khamis, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur pada hari ini telah menerima lawatan dari Syarikat PIESAT Information Technology Co., Ltd. Dalam lawatan berkenaan, syarikat PIESAT telah membentangkan pengenalan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. PIESAT Information Technology Co., Ltd ditubuhkan pada tahun 2008, merupakan syarikat Internet satelit di China dan juga salah satu syarikat pertama yang tersenarai di Science and Technology Innovation Board. Turut menghadiri ke sesi pembentangan tersebut ialah Pmk Juruukur Agung, Pmk Timbalan Juruukur Agung, Penolong Juruukur Agung (KAD) serta para pegawai kanan Jabatan Ukur. | .jpeg)
|
| | Bandar Seri Begawan, 03 Disember 2024 - Sesi taklimat pemberigaan perkhidmatan Jabatan Ukur kepada penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung di Daerah Brunei Muara telah diadakan pada hari ini di Dewan Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Taklimat tersebut dianjurkan oleh Bahagian Maklumat Kadaster, Bahagian Pengukuran Kadaster, Bahagian Geospatial Pemetaan dan Bahagian Geodetik.
| 
|
| | Bandar Seri Begawan, 20hb November 2024 – Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Network Integrity Assurance Technologies (NIAT) Sdn. Bhd hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan ‘Brunei Darussalam Geospatial Challenge (BDGC) 2024’ sempena Hari Geographic Information System (GIS) 2024 bertempat di Setia Point Co. Kumpulan The Caffeinated Cats muncul Juara bagi BDGC 2024 dengan tajuk projek Fire Fighting: Emergency Response.
| 
|
| | Dikongsikan bersama Infografik Kedudukkan Hilal Rabiulawal 1446H
| 
|
| | Triple S Challenge 2024 Tarikh: 07 September 2024 Tempat: Bengkel Jabatan Ukur, Kg Burong Lepas Jam: 7.45 pagi
Dibukakan untuk semua kakitangan Jabatan dan Juruukur Tanah Berlesen
Tarikh tutup penyertaan: 26 Ogos 2024
| 
|
| | The Brunei Darussalam Geospatial Challenge 2024 (BDGC 2024) is a competition aimed at youths of Brunei Darussalam from the Institutes of Higher Learning to showcase the use of geospatial technology and information to support the nation in achieving the Sustainable Development Goals (SDGs). Two winning teams will represent Brunei Darussalam to compete against students from the ASEAN region at the ASEAN Geospatial Challenge (AGC) 2025.
|
|
| | BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Julai 2024 – Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan DST Network (DSTN) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai Program Penggantian Mandatori Kepada Sistem Meter Pintar Unified Smart Metering System (USMS) yang sedang giat dijalankan oleh pihak DST Network Sdn. Bhd.
| 
|
| | Bandar Seri Begawan, 11 Julai 2024 - Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L.) Bagi Tahun 2023 Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77 Tahun bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis diadakan di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
|
|
| | Seluruh warga Jabatan Ukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha
| 
|
| | Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pengurniaan pingat Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) kepada 3 Pegawai Jabatan iaitu: Dayang Hajah Aierna binti Haji Bakar Awang Md Zul Fadly bin Haji Abdul Halim Dayang Masdinah binti Haji Sari Majlis Penganugerahan Pingat diadakan pada 13 Jun 2024 bertempat di Istana Nurul Iman.
| |
| | Istiwa A'zham
Berlaku 2x dalam setahun 27hb Mei atau 28hb Mei dan 15hb Julai atau 16hb Julai
Kenapa tahun ini 27hb Mei di sebabkan tahun ini 2024 adalah tahun lompat (Leap Year) sama juga dengan 15hb Julai nanti
Cara Menyemak Tanpa Menggunakan Alat Ukur:
- Menentukan tarikh dan waktu istiwa A'zham .
- Pilih lokasi yang lapang dan terbuka yang mana boleh melihat bayang-bayang objek tegak tanpa gangguan.
- Sediakan tiang atau tongkat tegak 90 darjah atau jika di rumah, pilih tiang tegak seperti tiang tingkap atau tiang pintu yang mana bayangnya kelihatan di jadikan sebagai penanda
- Tunggu waktu yang ditentukan 27hb Mei atau 28hb Mei pada 5.16 petang dan 15hb Julai atau 16hb Julai pada petang 5.28 petang. Pada waktu ini azimut/bering matahari dalam 290-291 darjah yang mana arah kiblat bagi Negara Brunei Darussalam
- Pada waktu itu perhatikan bayang-bayang tongkat atau tiang
- Gunakan bayang-bayang tersebut ke arah matahari bagi menandakan arah kiblat dengan tepat
| 
|
| | Kempen Derma Darah sempena Hari Juruukur Sedunia pada Hari Selasa, 14 Syawal 1445H bersamaan 23 April 2024
|
|
| | Seluruh warga Jabatan Ukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
| 
|