Bandar Seri Begawan, Isnin, 26 Januari - Badan Kebajikan dan Sukan Ukur (BAUKUR) dengan kerjasama Jabatan Ukur menganjurkan Taklimat Kewangan yang berlangsung pada 26 hingga 27 Januari 2026 di Dewan Indera Pahlawan, ABCi. Taklimat Kewangan berkenaan disampaikan oleh wakil Syarikat AIA, Dayang Nur Azzah Syazwani bte Hj Baidi. Taklimat berkenaan turut dihadiri oleh Pmk Juruukur Agung dan para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur.