Bab 58 , Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015
Peraturan - Peraturan Perancangan Bandar dan Desa [ Komposisi Kesalahan ] , 2018
1. Kompaun adalah satu peruntukan (provision) yang terdapat di dalam Bab 58, Perintah Perancang Bandar dan Desa, 2015
Bab 58 (1):
"Autoriti Perancang boleh, atas budi bicaranya, mengkompaun sebarang kesalahan di bawah Perintah ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan memungut daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah yang tidak melebihi $500.00"
Bab 58(2):
"Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-
Pertuan, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan cara
dan prosedurnya."
2. JPBD telah menggubal peraturan kompaun yang dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Perancang Bandar dan Desa
(Komposisi Kesalahan), 2018 [Town and Country Planning (Composition of Offences) Regulations, 2018].
3. Semua jenis-jenis kegiatan yang boleh dikenakan kompaun di bawah Bab 23, Perintah Perancangan Bandar dan Desa,
2015 akan dikuatkuasakan pada 1hb Ogos 2021 sepertimana yang dimaklumkan di dalam Majlis Pelancaran
Jerayawara Peraturan-Peraturan Perancang Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018 [Town and Country
Planning (Composition of Offences) Regulations, 2018] yang diadakan pada 12hb April 2021M bersamaan 29hb
Sya'ban 1442H di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
4. Denda kompaun adalah tidak melebihi Bnd$500.00 dan tawaran akan dikeluarkan seperti berikut;
Kali Pertama
| Kali Kedua
|
$250.00
| $500.00
|
5. Jenis-jenis kegiatan yang boleh dikenakan kompaun adalah meliputi kegiatan yang mengubah penggunaan
mana-mana kawasan bangunan atau tanah di kawasan perniagaan / perusahaan tanpa Kebenaran
Perancangan (KP) khususnya bagi kawasan – kawasan berikut;
1) Kawasan Kaki LimaPremis Perniagaan / Perusahaan
2) Kawasan Landskap, Jalur Hijau atau Kawasan Garis Bangunan di kawasan perniagaan dan perusahaan
3) Kawasan tempat petak letak kereta, tempat pejalan kaki termasuk driveway di kawasan perniagaan dan perusahaan
6. Jenis – jenis kesalahan yang boleh dikenakan kompaun adalah seperti berikut;
i. Meletakkan atau mempamerkan barang-barang seperti barang jualan termasuk kenderaan / kontena / tangki air /
bekas peralatan/ bahan binaan / besi buruk / kenderaan terbiar dan lain- lain bagi kegiatan perniagaan dan perusahaan
tanpa Kebenaran Perancangan di kawasan" yang boleh dikenakan denda kompaun
ii. Menggunakan bagi kegiatan perniagaan atau perusahaan sebagai tempat jualan / tempat menyimpan makanan/
tempat makan / tempat memperbaiki kenderaan dan lain - lain tanpa Kebenaran Perancangan di kawasan yang boleh dikenakan kompaun.
iii. Kegiatan lain yang dikenalpasti oleh Autoriti Perancang yang telah melanggar Bab 23, Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015.
7. Contoh kegiatan / penggunaan yang boleh dikenakan kompaun adalah seperti gambar-gambar berikut;
a. Contoh bagi meletakkan atau mempamerkan barang atau menggunakan kawasan kaki lima bagi kegiatan perniagaan / perusahaan tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
i. Meletakkan atau mempamerkan barang-barang jualan seperti baju, pekakas, peralatan dan lain- lain tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
ii. Menggunakan kawasan kaki lima sebagai tempat makan, tempat memperbaiki kenderaan dan lain- lain tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
b. Contoh bagi meletakkan atau mempamerkan barang atau menggunakan kawasan Landskap, Jalur Hijau atau Kawasan Garis Bangunan bagi kegiatan perniagaan / perusahaan tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
i. Meletakkan atau melonggokkan bekas bahan binaan atau mempamerkan kenderaan baru atau terbiar
dan lain-lain tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
ii. Menggunakan kawasan ini sebagai tempat jualan, tempat makan, tempat memperbaiki kenderaan
dan lain- lain tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
c. Contoh bagi meletakkan atau mempamerkan barang atau menggunakan kawasan Kawasan tempat petak
letak kereta, tempat pejalan kaki termasuk driveway di bagi kegiatan perniagaan / perusahaan tanpa
Kebenaran Perancangan (KP).
i. Meletakkan atau menghalang dengan apa jua barang seperti struktur kekal ataupun tidak, menjadikan sebagai tempat penyimpanan "trolley", melonggokkan bekas bahan binaan, menghalang petak letak kereta bagi kegunaan persendirian dan lain- lain tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
ii. Menggunakan kawasan ini sebagai tempat jualan, tempat makan, tempat memperbaiki kenderaan, tempat penyimpanan dan lain- lain tanpa Kebenaran Perancangan (KP).
8. Pembayaran denda Kompaun hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tujuh (07) hari bekerja dari tarikh tawaran
kompan dikeluarkan.
9. Pembayaran kompaun hendaklah dilaksanakan di kaunter Jabatan Perancang Bandar dan Desa & cawangan pada hari
dan waktu bekerja seperti berikut;
Ibu Pejabat: Isnin & Khamis & Sabtu 8.30-11.00 Pagi 1.45 - 2.45 Ptg | Cawangan Tutong: Isnin & Khamis 8.30-11.00 Pagi 1.45 - 2.45 Ptg | Cawangan Belait: Rabu & Khamis 8.30-11.00 Pagi 1.45 - 2.45 Ptg |
Nota: Waktu kaunter adalah berbeza pada Bulan Ramadhan
10. Jika gagal membuat pembayaran boleh dikenakan tindakan mahkamah di bawah Bab 23 (6) iaitu denda tidak
melebihi $200,000.