Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGarispanduan Lain

No.Image GuidelineTitle of GuidelineDescription
1

Planning Guidelines For The Control of Signs and Advertisement, June 2008 – English Version


Harga: $15.00

Garis panduan tersebut menggariskan syarat dan peraturan bagi mempamerkan iklan iaitu iklan papan elektronik (Electronic Billboard), papan tanda (signboard) dan tanda tinggi (Sky Sign) bagi kawasan kawalan Pihak Bekuasa Yang Layak Kawalan Iklan. 

Peraturan kawalan mempamer iklan adalah dikenakan untuk tujuan kemudahan dan keselamatan semata-mata.  Garis panduan tersebut memuatkan definisi berbagai jenis iklan.  Seterusnya jenis-jenis iklan dan peraturan mempamer iklan dikategorikan  untuk kawasan     perumahan, perniagaan dan  industri.

Di antara syarat-ayarat utama yang perlu dipatuhi adalah;

1. Setiap iklan hendaklah dipastikan selamat dengan struktur yang kukuh (structurally sound);

2. Tidak menghalang penglihatan para pemandu kenderaan;

3. Tidak mengganggu  jalan laluan keluar-masuk;

4. Tidak menutupi tanda-tanda rasmi seperti nama-nama jalan, tanda arah dan sebagainya;

5. Tidak menyebabkan pengurangan nilai estetik terhadap sesuatu kawasan atau bangunan oleh kerana peragaan dan saiz iklan yang tidak menentu; dan

6. Tidak menutupi ruang-ruang pencahayaan dan pengudaraan seperti jendela. dan pintu

7. Lebar minima jalan-laluan dalaman dan connectivity dengan bangunan berdekatan;

8. Lebar laluan pejalan kaki atau kaki lima/koridor,

9.  Rekabentuk bangunan

10. Penyediaan kemudahan seperti tempat pembuangan sampah,     pembinaan atap pelindung, penyediaan peti surat dan       lain-lain.

2

Garis Panduan Kebenaran Perancangan Bagi Permohonan Kemajuan Tanah dan Bangunan, Oktober 2012 – Versi Bahasa Melayu


Harga: $15.00

Garis panduan tersebut menggariskan syarat dan peraturan bagi menghadapkan permohonan                   Kebenaran Perancangan untuk kerja-kerja tanah dan membina bangunan baru atau tambahan.

1.Peraturan anjakan minima bagi tambahan di antara dua unit rumah Kembar atau Rumah Teres yang berkongsi dinding pemisah (party wall)

2.Peraturan pembinaan dinding pemisah api (firewall);

3.Peraturan longkang dan Sistem Sanitasi dan Pembetungan;

4.Peraturan pencahayaan dan pengudaraan;

5.Peraturan seperti reka bentuk dan warna bangunan luaran yang dibolehkan dan penyediaan kawasan hijau dan lanskap.

6.Piawai seperti sukatan-sukatan bilik ketinggian rumah      kediaman

​3

Garis Panduan dan Piawai Perancangan Bagi Kemajuan Perumahan, Oktober 2013 – Versi Bahasa Melayu


Harga: $15.00


Garis panduan tersebut memuatkan syarat dan peraturan membina dan menambah rumah kediaman yang merangkumi       Rumah Berasingan, Kembar, Teres,         dan Walk-Up Flat (dikategorikan sebagai Perumahan Am), rumah kediaman dan      perniagaan sampingan dan Rumah Pangsa dan Pangsapuri.   

Penerbitan edisi ketiga ini telah mengambilkira perkembangan-perkembangan baru dari segi perubahan insitusi yang membenarkan kebenaran bangunan, prosedur permohonan dan peraturan-peraturan tambahan sejak tahun 2013.  Salah satu perkara baru yang dimasukkan adalah peraturan kawalan kemajuan  bagi tambahan/ubahsuai rumah kediaman jenis berasingan di kawasan Skim Perumahan Negara.

Selain itu satu bahagian dikhususkan untuk syarat dan peraturan    bagi Rumah Kediaman Berasingan di kawasan Skim Perumahan Negara.

Garis panduan tersebut di antara lain menggariskan   peraturan-peraturan utama seperti  berikut;

1.Peraturan parameter perancangan iaitu Garis Bangunan dan     jarak di antara dua bangunan, Nisbah Plot (Plot Ratio), Liputan Plot (Plot Coverage) dan jumlah keluasan lantai yang dibenarkan   (Total Permissible Floor Area, TPFA)

2. Keperluan longkang, sanitasi dan Sistem Pembetungan;

3. Peraturan landskap, kawasan hijau dan penyediaan taman  permainan;

4. Had-had ketinggian bangunan yang dibenarkan ;

5. Peraturan pencahayaan dan pengudaraan (Lighting and   Ventilation);

6. Piawai seperti sukatan-sukatan bilik dan ketinggian rumah  kediaman;

7. Rekabentuk bangunan; dan

8. Keperluan penyediaan kemudahan sampinagn seperti tempat   pembuangan sampah dan penyediaan peti surat.

​4

Planning Guidelines for Subdivision and / or Consolidation of Land, Oktober 2013 – English Version


Harga: $15.00


Menggariskan syarat dan peraturan    bagi Pemecahan dan Penyatuan Tanah      dan bangunan sedia ada seperti rumah     kediaman, perniagaan dan industri.

Pemecahan dan Penyatuan tanah adalah merupakan satu mekansima penting dalam mempastikan kesinambungan kemajuan sosio-ekonomi negara.  Melalui proses ini lebih banyak tanah boleh 'diwujudkan' untuk tujuan pembangunan yang lebih padat sama ada melalui jual beli tanah atau penurunan waris. Pemecahan tanah merupakan alat perancangan atau planning tool yang berkesan kepada Jururancang dalam usaha untuk memperbaiki susun-atur tanah, perancangan jalan-laluan dan organisasi prasarana infrastruktur yang lebih baik.

Terbitan edisi kedua ini telah mengambilkira perubahan-perubahan semasa dasar, peraturan perancangan, tanah dan keperluan teknikal yang dimuatkan di dalam edisi pertama tahun 2004.

Garis panduan tersebut adalah untuk kegunaan agensi kerajaan yang terlibat di dalam memproses permohonan berkenaan,  mereka yang dibolehkan melukis pelan pemecahan dan menghadapkan permohonan.

Peraturan-peraturan utama yang digariskan adalah:

1. Peraturan am Pemecahan dan Penyatuan  Tanah;

2. Pemecahan dan Penyatuan tanah berdasarkan syarat-syarat khas tanah yang terkandung di dalam Geran Tanah dan zon perancangan;

3. Pemecahan dan Penyatuan tanah  bagi tanah-tanah yang belum dimajukan dan tanah-tanah yang sudah didirikan bangunan;

4. Peraturan keluasan minima dan buka minima plot-plot pemecahan  tanah;

5. Peraturan garis bangunan;

6. Peraturan penyediaan simpanan jalan-laluan,  lebar jalan-laluan yang diperlukan mengikut jumlah plot pemecahan dan       peruntukan jalan-laluan mengambil kira potensi kemajuan masa akan datang

7. Peraturan penyediaan kemudahan seperti sub-stesyen     elektrik; dan

8. Peraturan yang berkaitan dengan isu-isu pemilikan tanah seperti tuntut waris.

​5

Garis Panduan Perancangan Bagi Tambahan / Ubahsuai Untuk Rumah Kembar dan Rumah Teres Sedia Ada Di Kawasan Skim Perumajan Negara, 

Oktober 2013 – Versi Bahasa Melayu


Harga: $15.00


Garis panduan tersebut menggariskan        peraturan bagi tambahan atau ubahsuai untuk rumah jenis Kembar dan Teres sedia ada di kawasan-kawasan Skim  Perumahan Negara iaitu Rancangan Perumahan Negara (RPN), Skim  Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) dan perumahan Lembaga   Kemajuan Ekonomi atau BEDB.

Antara lain peraturan yang dikenakan bertujuan untuk    mengekalkan alam bina dan nilai estetik di kawasan-kawasan berkenaan dan menjamin kesejahteraan, keselamatan, keselesaan dan ruang persendirian (privacy) penduduk setempat  dalam hidup bermasyarakat atau berjiran pada skala kemajuan yang padat.

Peraturan-peraturan utama yang digariskan adalah seperti  berikut;

1. Peraturan parameter perancangan iaitu Garis Bangunan,  Nisbah Plot (Plot Ratio), anjakan bagi tambahan bangunan, Liputan Plot (Plot Coverage) dan jumlah keluasan lantai yang dibenarkan (Total Permissible Floor Area);

2. Peraturan  tambahan/ubahsuai rumah kediaman yang dibenarkan dan yang tidak  dibenarkan;

1. Garis bangunan;

2. Nisbah Plot dan had ketinggian bangunan;

3. Jumlah ruang lantai yang dibenarkan;

4. Buka dan saiz minima plot tanah dan bangunan industri jenis  teres.

5. Keperluan kawasan letak kenderaan dan tempat  pemunggahan;

6. Lebar minima jalan-laluan dalaman ;

7. Lebar laluan pejalan kaki atau kaki lima/koridor;

8. Rekabentuk bangunan

9. Keperluan lanskap dan ruang hijau

10. Keperluan zon penampan (buffer zone)

11. Tahap bising yang dibenarkan mengikut kawasan; dan

12. Keperluan lain seperti penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assesment/EIA), tempat pembuangan sisa toksik, rumah pekerja dan penyediaan Syarikat Pengurusan (Building Management Company)

​6

Planning Guidelines and Standards For Earthwork Development (Focus on Development in Environmentally Sensitive Areas), 

November 2012 – English Version


Harga: $15.00


Kerja – kerja tanah samada dikawasan yang bukan dianggap sensitif  alam sekitar, apa tah lagi dikawasan yang dikenalpasti sensitif  alam sekitar boleh sahaja mengundang bencana dan bahaya jika ianya tidak dilaksanakan dengan mengikut peraturan tertentu.


Di antara faktor penyebab ialah kerja – kerja tanah yang tidak mengikut peraturan menyebabkan tanah susur, tanah runtuh dan pemendapan. Dengan adanya garis panduan ini nanti kesan kemajuan di kawasan – kawasan sensitif dapat dikurangkan ketahap minima dan menjamin pembangunan mampan yang berterusan. Disamping itu ia juga akan dapat mengwujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan alam sekitar yang bermanafaat kepada semua.

Selain daripada garis panduan ini, PBYLKK juga telah menyediakan beberapa garis panduan bagi mengawal kemajuan secara lebih sistematik, di antaranya kemajuan bagi perniagaan, perumahan, industri, pemecahan dan / atau penyatuan tanah dan pemasangan iklan dan papantanda. Langkah – langkah lain adalah pemantauan berterusan melalui pemeriksaan tanah dan tapak binaan.

Kawasan SAS yang dikenalpasti termasuklah:

1. Kawasan berbukit tinggi  yang mempunyai kecuraman melebihi 30º;

2. Kawasan lembab dan rendah seperti paya yang kurang dari 3.5º;

3. Kawasan pesisiran pantai; dan

4. Kawasan  aliran sungai dan anak sungai.

________________________________________

* Earthwork development whether in area which are not considered environmentally sensitive or those that are in the environmentally sensitive areas is  prone to disaster and danger to the public if it is not implemented in accordance with specific standards and regulations.

Land erosions, landslides and sedimentations are the result of the earthwork that has been carried out in accordance with the standards and regulations stipulated by the authorities. With the presence of these standards and guidelines, it is hope the negative impacts of earthwork developments in environmentally sensitive area can be prevented or minimized, hence ensuring sustainable development. It is also our aspiration that this will generate a balance between physical development and environmental protection which will be beneficial to all.

​7
​Garis Panduan Kemajuan Tanah (Fokas Kemajuan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar), 
Disember 2009 – Versi Bahasa Melayu


Harga: $15.00


Garis panduan tersebut menggariskan syarat, peraturan dan keperluan kerja-kerja menimbuk dan meratakan tanah khususnya di kawasan Sensitif Alam   Sekitar (SAS). 

Kerja – kerja tanah samada dikawasan yang bukan dianggap sensitif  alam sekitar, apa tah lagi dikawasan yang dikenalpasti sensitif  alam sekitar boleh sahaja mengundang bencana dan bahaya jika ianya tidak dilaksanakan dengan mengikut peraturan tertentu.

Di antara faktor penyebab ialah kerja – kerja tanah yang tidak mengikut peraturan menyebabkan tanah susur, tanah runtuh dan pemendapan. Dengan adanya garis panduan ini nanti kesan kemajuan di kawasan – kawasan sensitif dapat dikurangkan ketahap minima dan menjamin pembangunan mampan yang berterusan. Disamping itu ia juga akan dapat mengwujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan alam sekitar yang bermanafaat kepada semua.

Selain daripada garis panduan ini, PBYLKK juga telah menyediakan beberapa garis panduan bagi mengawal kemajuan secara lebih sistematik, di antaranya kemajuan bagi perniagaan, perumahan, industri, pemecahan dan / atau penyatuan tanah dan pemasangan iklan dan papantanda. Langkah – langkah lain adalah pemantauan berterusan melalui pemeriksaan tanah dan tapak binaan.

 Kawasan SAS yang dikenalpasti termasuklah:

1. Kawasan berbukit tinggi  yang mempunyai kecuraman melebihi 30º;

2. Kawasan lembab dan rendah seperti paya yang kurang dari 3.5º;

3. Kawasan pesisiran pantai; dan

4. Kawasan  aliran sungai dan anak sungai.

 _________________________________________

* Earthwork development whether in area which are not considered environmentally sensitive or those that are in the environmentally sensitive areas is  prone to disaster and danger to the public if it is not implemented in accordance with specific standards and regulations.

Land erosions, landslides and sedimentations are the result of the earthwork that has been carried out in accordance with the standards and regulations stipulated by the authorities. With the presence of these standards and guidelines, it is hope the negative impacts of earthwork developments in environmentally sensitive area can be prevented or minimized, hence ensuring sustainable development. It is also our aspiration that this will generate a balance between physical development and environmental protection which will be beneficial to all.

​8

Garis Panduan dan Piawai Perancang bagi Kemajuan Industri

Mac 2010 – Versi Bahasa Melayu


Harga: $15.00


​Garis panduan tersebut menggariskan peraturan dan keperluan perancangan bagi kemajuan industri. Di antara lain garis panduan tersebut memberikan definisi terhadap Industri ringan, berat dan khas.  

Peraturan dan keperluan perancangan utama yang perlu            dipatuhi adalah;

Di antara peraturan utama yang digariskan adalah;

1. Jenis-jenis kemajuan tanah dan bangunan yang perlu  dihadapkan kepada jabatan-jabatan berkenaan untuk ulasan dan pandangan sebelum dihadapkan kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa;

2. Jenis-jenis permohonan yang memerlukan penyediaan     Lapuran Cadangan Kemajuan (LCK). Di antaranya      permohonan membina bangunan perniagaan dan industri, permohonan membina 4 unit rumah ke atas dan          permohonan kerja-kerja tanah di dalam kawasan Sensitif Alam Sekitar.

3. Jenis-jenis permohonan yang memerlukan penyediaan Papan Tanda Pemberitahuan.  Di antaranya permohonan membina rumah melebihi 5,000 kaki persegi,  rumah kediaman 4 unit ke atas dan permohonan bangunan perniagaan dan industri; dan

4. Jenis-jenis permohonan yang hanya memerlukan Pengesahan Perancangan (Planning Endorsement).