1. Bagaimanakah tatacara bagi menghadapkan aduan?
- Link kepada
TATACARA MENGHADAPKAN ADUAN
2. Apakah maklumat yang diperlukan bagi menghadapkan aduan?
- Maklumat-maklumat yang diperlukan bagi meghadapkan aduan adalah seperti berikut:
-
Nama Pengadu
-
Alamat Pengadu
-
Nombor Telefon Pengadu
-
Keterangan Aduan
-
Lokasi Aduan (Nombor Lot, Simpang Jalan, Kampung dan Mukim)
3. Mengapakah perlu memberikan maklumat mengenai pengadu jika ingin membuat aduan?
- Maklumat mengenai pengadu adalah diperlukan bagi memudahkan susulan dari semasa ke semasa oleh pihak Jabatan.
4. Berapa lamakah TPOR bagi memproses aduan?
- TPOR memproses aduan adalah 4 hari bekerja dari tarikh menerima aduan sehingga tindakan JPBD selanjutnya
5. Mengapakah aduan melalui laman sosial ataupun applikasi tidak digalakkan?
- Aduan melalui laman sosial ataupun applikasi tidak digalakkan memandangkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi penyiasatan adalah tidak mencukupi dan menjadi kesulitan kepada Kakitangan JPBD untuk menjalankan penyiasatan lanjut.
6. Apakah proses JPBD bagi menangani aduan yang diterima?
- Link kepada
PROSES ADUAN
7. Bagaimanakah tatacara jika pengadu ingin mengetahui status aduan yang telah dihadapkan?
-
Pertanyaan mengenai status aduan bolehlah didapati melalui
-
Perjumpaan bersama kakitangan di kaunter JPBD
-
Persuratan ke JPBD
-
Menghubungi pihak JPBD melalui talian Jabatan
-
Menghantar e-mel kepada e-mel Jabatan
8. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya aduan yang diadukan terus berlanjutan setelah tindakan di ambil?
-
Sekiranya aduan terus berlanjutan, pengadu bolehlah memaklumkan kepada JPBD ataupun Jabatan-Jabatan yang berkenaan mengenainya bagi tindakan selanjutnya melalui:
-
Perjumpaan bersama kakitangan di kaunter JPBD
-
Persuratan ke JPBD
-
Menghubungi pihak JPBD melalui talian Jabatan
-
Menghantar e-mel kepada e-mel Jabatan