Bandar Seri Begawan, 18 November 2017 - Seramai 58 murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Rendah Katok 'B' telah melawat ke Jabatan Ukur hari ini. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan serta menarik minat para murid mengenai bidang Pengukuran dan Geomatik. Rombongan sekolah berkenaan diketuai
oleh Cikgu Shim Su Min (Guru Kelas Tahun 6A). Kedatangan
rombongan sekolah berkenaan disambut oleh para pegawai dan kakitangan Bahagian
Pengurusan Kualiti dan Aset (PKA), Jabatan Ukur.
Antara aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh murid-murid yang melawat ke Jabatan Ukur
Sesi bergambar ramai rombongan Sekolah Rendah Katok 'B' bersama Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset (PKA)
Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur