
Bandar Seri Begawan, 27 Mac 2025 - Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya sempena 
menyambut bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025 Masihi berakhir petang tadi dengan Majlis 
Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Beribi. Majlis pada tahun ini telah dikelolakan oleh 
Jabatan Ukur. 
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji 
Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
Turut hadir ialah Yang Mulia, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap; Yang
Mulia, Sr. Dayang Hajah Norhayati Binti Haji Mohd Yakub, Timbalan Setiausaha Tetap 
(Industri Pembinaan dan Kemajuan); Yang Mulia, Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh 
Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang); Yang Mulia, Haji Shaharuddin 
Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan 
Profesional); Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-ketua Jabatan; para pegawai dan 
kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya serta para ahli 
Masjid Kampung Beribi. 
 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat 
Menteri Pembangunan, diikuti dengan bacaan Juzuk 30 beramai-ramai bersama lapan puluh 
(80) qari dan qariah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian 
Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya. 
Majlis diteruskan dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam yang diketuai oleh wakil Institut 
Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan wakaf yang disempurnakan oleh Yang 
Berhormat Menteri Pembangunan kepada Imam Masjid Kampung Beribi, Yang Mulia Awang 
Anuar bin Haji Salim dan penyampaian sijil penghargaan kepada qari dan qariah serta para
wakil Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, diikuti dengan berbuka puasa dan 
solat Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam masjid berkenaan. 
Majlis ini merupakan aktiviti keagamaan Kementerian bagi menyemarakkan dan meraih 
pahala pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.