04 Mac 2025, Bandar Seri Begawan - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada hari ini telah membuka tirai Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025 Masihi bertempat di Surau Kementerian Pembangunan.
Majlis Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Ukur dan dijadualkan berlangsung selama tiga minggu di Surau Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
%20dan%20PMK%20JUA%20yang%20menghadiri%20majlis%20pembukaan%20tersebut.JPG)
Turut hadir ialah Yang Mulia, Sr. Dayang Hajah Norhayati Binti Haji Mohd Yakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan); Yang Mulia, Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang); Yang Mulia, Haji Shaharuddin bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional); Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-ketua Jabatan; para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah Juzuk 1 diketuai oleh wakil Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama peserta qari dan qariah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selepas membaca Al-Quran.
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya seterusnya akan diadakan pada Khamis, 27 Mac 2025, bertempat di Masjid Kampung Beribi, Bandar Seri Begawan.
Sumber Foto: JK Media Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran 2025