Bandar Seri Begawan, 03 Disember 2024 – Sesi taklimat pemberigaan perkhidmatan Jabatan Ukur kepada Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung di Daerah Brunei Muara telah diadakan pada hari ini di Dewan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Taklimat tersebut diadakan bertujuan bagi memperkenalkan perkhidmatan dan produk-produk Jabatan Ukur.
Sesi taklimat dianjurkan oleh Bahagian Maklumat Kadaster (MKD), Bahagian Pengukuran Kadaster (PKD), Bahagian Geospatial Pemetaan (GSP) dan Bahagian Geodetik (GDK).
Antara kandungan taklimat adalah mengenai permohonan hala kiblat dan penomboran rumah dan simpang.
Taklimat pemberigaan ini juga akan diadakan di setiap cawangan daerah.