Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI BRUNEI DARUSSALAM GEOSPATIAL CHALLENGE (BDGC) 2024

IMG_8841.JPG

​Bandar Seri Begawan, 20hb November 2024 – Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Network Integrity Assurance Technologies (NIAT) Sdn. Bhd hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan ‘Brunei Darussalam Geospatial Challenge (BDGC) 2024’ sempena Hari Geographic Information System (GIS) 2024 bertempat di Setia Point Co. Hari GIS adalah merupakan acara tahunan yang diadakan di seluruh dunia dan pada tahun ini jatuh pada 20 November 2024. Hari GIS bertujuan untuk memperkenalkan sistem maklumat geografi (GIS) dan memberigakan kepada orang ramai tentang geografi, dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan teknologi GIS​.

Pertandingan BDGC 2024 ini diadakan kali pertama di negara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai teknologi geospatial dan menggalakkan penggunaan teknologi geospatial di dalam mendokong Matlamat Pembangunan Mampan [Sustainable Development Goals (SDGs)] Negara Brunei Darussalam. Pertandingan ini dibukakan kepada mahasiswa dan mahasiswi dari Institusi Pengajian Tertinggi Negara Brunei Darussalam yang mana dua kumpulan yang berkelayakan akan mewakili Negara Brunei Darussalam dalam penyertaan “The ASEAN Geospatial Challenge 2025 (AGC 2025)” yang dianjurkan oleh Singapore Land Authority (SLA). Pendaftaran bagi AGC 2025 telah dibukakan dan akan ditutup pada bulan 22 Januari 2025.​

Pertandingan ini juga memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan keupayaan menggunakan data bagi tujuan visualisasi, analisa dan penyelesaian kepada masalah sama ada menggunakan kaedah GIS untuk merancang daya tahan sebelum bencana, atau menyokong penggunaan tanah yang mampan serta membuktikan bahawa penggunaan teknologi dan maklumat geospatial adalah kaedah yang penting.

Seramai lima (05) kumpulan mewakili Institusi Pengajian Tertinggi iaitu UBD, UTB, UNISSA dan IBTE telah menyertai pertandingan BDGC 2024. Pembentangan projek telah diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2024 di Brunei Innovation Lab. Setiap kumpulan membentangkan projek masing-masing dan panel hakim telah dilantik bagi memberikan penilaian projek-projek tersebut. Seramai lima (05) orang hakim terdiri daripada wakil Jabatan Ukur, Pejabat Wawasan Brunei, Geomatics & Metocean (TSM) Brunei Shell Petroleum, Mantan Timbalan Pengerusi Bandaran yang juga mantan Penolong Juruukur Agung dan Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn. Bhd. Panel Hakim telah dilantik berdasarkan latar belakang akademia di dalam bidang Geomatik, GIS dan kefahaman mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam menilai keberkesanan projek yang mengaitkan teknologi dan maklumat geospatial di dalam mendokong hasrat SDGs Negara Brunei Darussalam. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan ‘Brunei Darussalam Geospatial Challenge (BDGC) 2024’ ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Geomatics & Metocean (TSM) Brunei Shell Petroleum, Ketua Pegawai Eksekutif Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn Bhd, Pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, Pensyarah dan pelajar dari pelbagai institusi-institusi pengajian tinggi serta wakil-wakil dari agensi swasta yang dijemput.

DSC08526.JPG

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Nor Zetty Akhtar binti Haji Abd Hamid, Pemangku Juruukur Agung yang juga selaku Ketua Panel Hakim dan diikuti dengan ucapan oleh Yang Mulia Dr Nor Imtihan bin Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar). Majlis kemudian diikuti dengan tayangan video yang mengimbas kembali perjalanan pertandingan dan memperkenalkan para peserta kumpulan dan panel hakim pertandingan ini. Majlis diikuti dengan pengumuman bagi pemenang pertandingan BDGC 2024.

IMG_9105.JPG

Keputusan pemenang pertandingan BDGC bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

​Bil
Nama Kumpulan​
​Tajuk Projek
​Hadiah
​Tempat Pertama
​The Caffeinated Cats
​Fire Fighting: Emergency Response
  • ​Wang Tunai BND$300  
  • Sijil Penyertaan 
  • Razer Ornata Keyboard 
  • Baucar​
​Tempat Kedua
​GeoTrailblazers
​Geospatial-Based Disaster Risk Reduction For Landslides
  • ​ Wang Tunai BND$200
  •  Sijil Penyertaan
  •  Pulsar X2 V2 gaming mouse & Steelseries Qck Edge Mouse pad
  •  Baucar​
​Tempat Ketiga
​VisioSpectra
​Maximising Agricultural Efficiency Through Remote Sensing Applications
  • ​Wang Tunai BND$100 
  • Sijil Penyertaan 
  • Razer Blackshark V2 headset  Baucar​
​Saguhati
​TeamFTI
​Kabunku: Driving Agricultural Innovation And Investment With Geospatial Technology
  • Wang Tunai BND$50 
  • Sijil Penyertaan Ugreen magnetic wireless power bank 
  • Baucar​​​

​GeoGems
​Carbon Management Consultant (AI - Enabled)


IMG_9144.JPG

Penyampaian cenderahati penghargaan kepada Hakim pertandingan BDGC 2024 telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis kepada peserta pertandingan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada peserta BDGC 2024. Acara kemudian diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan seterusnya lawatan ke pameran poster peserta BDGC 2024 dan pameran produk daripada Jabatan Ukur, Jabatan Perdana Menteri, Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn. Bhd. dan para penaja acara.


Sumber: 

Siaran Akhbar Bersama - Jabatan Ukur dan Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn. Bhd. 

Attachments