
Bandar Seri Begawan, 11 Julai 2024 - Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat
Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L.) Bagi Tahun 2023 Sempena Hari
Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77 Tahun bagi Pegawai-Pegawai dan
Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis diadakan di Dewan
An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang
Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengiran Muhammad Faizal
Akhbar bin Pengiran Salleh.
Acara diteruskan dengan penyampaian Pingat Pingat Kerja Lama bagi Tahun 2023 yang disempurnakan
oleh tetamu kehormat. Pada kali ini, seramai 162 pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan
dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima pingat kehormatan berkenaan.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.
Pengurniaan Pingat Kerja Lama ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan dari Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam di atas jasa dan sumbangan kerja yang telah diberikan sepanjang berkhidmat dengan
Kerajaan.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian
Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat
dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.
Berikut adalah senarai penerima Pingat Kerja Lama (PKL) bagi Jabatan Ukur:
- Dayang Aisah bt Kamis (Penolong Pentadbir)
- Hajah Zarinah bt Haji Gustin (Kerani Sulit)
- Pg Sofian bin Pg Omar (Penyelia Pejabat)
- Zabidi bin Haji Braim (Juruteknik Ukur)
- Haji Abd Mutalip bin Seruji (Juruteknik Ukur)
- Faridah bt Masnoh (Juruteknik Ukur)
- Ali Amat bin Haji Tengah (Mandur)
- Ali Rahim bin Haji Hashim (Juruteknik Rendah)
- Mohd Ali bin Haji Hadi (Pekerja Tingkat II [Tetap])
- Pg Mohammad Amir Hamzah bin Pengiran Dato Paduka Haji Metassim (Pemandu)
- Abu Safian bin Haji Mohammad (Pemandu)
- Md Zani @ Md Zaini bin Haji Muksin (Pekerja Tingkat II [Tetap])
Sumber:
Siaran Akhbar Kementerian Pembangunan