
20 September 2023, Rabu, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur pada hari ini telah
menganjurkan Seminar Ukur Tanah Asas Pembangunan (UTAP) di The Centrepoint Hotel,
Gadong. Seminar ini turut dianjurkan bersama the Brunei Institution of Geomatics (B.I.G).
Tema seminar pada tahun ini ialah Seizing the Future: Geospatial Technology
Optimisation.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohammed
Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar).
Turut hadir ke seminar tersebut ialah ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian
Pembangunan serta pegawai dan kakitangan dari agensi kerajaan dan swasta yang dijemput.
Seminar dimulai dengan ucaptama dari Tuan Gerry Ong, Honorary President ASEAN
Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG). Beliau membentangkan kertas
kerja bertajuk ‘Our Professions Critical Role Within Climate Change Space’ mengenai
sumbangan profesion kepada pihak berkepentingan yang terlibat dalam inisiatif-inisiatif dan
projek-projek berkaitan dengan perubahan iklim.
Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan di seminar berkenaan. Seramai lebih kurang 100 peserta dari agensi kerajaan dan swasta telah menghadiri seminar
tersebut. UTAP 2023 turut disokong penuh oleh beberapa rakan media rasmi iaitu Radio
Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sdn Bhd.
Terdahulu, seminar UTAP diadakan pada tahun 2014.