
22 Ogos 2023, Temburong - Seramai lebih 20 orang pelajar termasuk guru-guru dari Seri Mulia Sarjana International School telah mengadakan aktiviti Skywatching bersama Unit Astronomi (Bahagian Geodetik), Jabatan Ukur di The Abode Resort & Spa, Daerah Temburong pada hari ini.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains Astronomi kepada murid-murid.

Sumber foto: Facebook Jabatan Ukur