31 Julai 2023, Isnin, Berakas - Seramai 4 kakitangan dari Jabatan Ukur telah menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah yang ke-76 tahun bagi tahun 2022 pada hari ini di Dewaan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Para penerima dari Jabatan Ukur adalah seperti berikut:
- Hj Mohammad Bin Hj Junid (Juruteknik Ukur di Bahagian Pengukuran Kadaster)
- Hjh Rohani Binti Hj Othman (Juruteknik Ukur di Bahagian Pengukuran Kadaster)
- Hasnah Binti Kula (Juruteknik Ukur di Pejabat Ukur Tutong)
- Hasneel Hairul Bin Hj Matassan (Tradesman Kumpulan 1 Tingkat 1 di Bahagian Pengurusan dan Pemeliharaan Aset)
Penyampaian pingat-pingat kehormatan berkenaan disempurnakan oleh Yang Berhormat
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad
Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Turut menghadiri majlis penyampaian pingat berkenaan ialah Yang Mulia, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin
Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap
(Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Yang Mulia, Dayang Aldila binti Haji
Mohamad Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan Guna Tanah dan Alam
Sekitar), Yang Mulia, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan
Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Ketua Pengarah Kerja Raya,
Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan Kementerian
Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
Seramai 26 orang Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan
Jabatan-Jabatan dibawahnya telah menerima pingat-pingat kehormatan di majlis berkenaan.
Sumber foto: Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pembangunan