
Bandar Seri Begawan, 20 November 202 — Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan
dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei (B.I.G) hari ini telah menyambut Hari Sistem
Maklumat Geografi (GIS) Sedunia. Sambutan berkenaan telah diadakan di Bandarku Ceria
bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan
bertemakan ‘Explore the Unseen with GIS’. Sambutan Hari GIS pada tahun ini diadakan
bertujuan untuk memperkenalkan inovasi aplikasi teknologi sistem maklumat geografi (GIS)
dalam penggunaan data geospatial dan Geomatik.

Hadir selaku Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti. Haji Abdul Razak,
Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar).

Turut hadir meraikan sambutan Hari GIS Sedunia ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat
dan Undang-Undang), Yang Mulia Puan Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-ketua
Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan
Ukur dan ahli-ahli B.I.G.
Turut menghadiri sambutan berkenaan ialah Presiden Institusi
Geomatik Brunei (B.I.G), Yang Mulia Haij Ali Bakar bin Haji Kasim.


Pelbagai Aktiviti, permainan dan pameran diadakan untuk para pengunjung seperti Cerapan
Matahari, pameran instrumen, Permainan Chipping Planets, Guess the Distance, Ping the
Depth, Match it Up, Guess N Win, Places in NBD dan puzzles. Sambutan GIS Day tahun ini
juga memberigakan Aplikasi mudah alih Geoportal Ukur dan Penggunaan Penomboran
Rumah dan simpang serta pengesahan alamat. Aplikasi Dalam Talian iaitu Sistem Peta
Mukim dan Kampong dan Sistem Hala Kiblat juga turut dipamerkan.
Sambutan Hari GIS sedunia diadakan setiap tahun pada bulan November dan pada tahun ini
Hari GIS jatuh pada 16 November 2022. Pada tahun ini Jabatan Ukur, Institusi Geomatik
Brunei (B.I.G.) dan organisasi-organisasi di seluruh dunia turut serta menganjurkan
perhimpunan secara bersemuka, atau secara maya dalam meraikan bidang professional GIS.
Ianya juga berfungsi dalam menyemarakkan imaginasi para inovator masa depan yang
bertanggungjawab dalam memajukan pembangunan secara global menggunakan teknologi
GIS.
Sambutan Hari GIS Sedunia ini memberi peluang untuk para profesional GIS di seluruh dunia
untuk berkongsi maklumat melalui penggunaan teknologi GIS untuk mengambil pendekatan
geografi dalam menangani cabaran seperti pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.
Sumber:
Siaran Akhbar Jabatan Ukur (ruj: [84] dlm.SS/1223/1)
Jawatankuasa Media GIS Day 2022