PEMBIAKAN SECARA TUT (MARKOT)
Terdapat dua cara pembiakkan secara tut (Markot) iaitu:
MENYEDIAKAN TUT UDARA
- Pilih ranting atau batang yang bergaris pusat sebesar ibu jari (lebih kurang 1-2cm);
- Buat dua kelaran mengelilingi ranting atau dahan yang mana jarak di antara kedua kelaran itu ialah 2.5-3cm;
Buang dan keluarkan kulit ranting yang telah dikelar dan kikis bahagian dalam sehingga nampak bahagian kayu yang putih, semua lapisan cambium (yang berwarna hijau) perlulah di kikis habis-habis sebab jika lapisan cambium masih ada, tut udara tidak berjaya di hasilkan;
Sapu sedikit serbuk hormon pengakaran di bahagian atas kelaran;
- Sediakan medium campuran tanah tut;
Medium campuran tanah tut di buat dengan mencampurkan tanah dengan bahan organik (1:1), medium campuran tanah tut hendaklah dilembapkan sedikit sebelum dikepalkan dalam bentuk bola golf atau tennis atau dengan mengunakan "Jiffy Plant Starter";
Belah kepalan tanah tut tadi dan letakkan di sekeliling bahagian ranting atau dahan yang telah di kelar tadi;
- Balut kepalan tanah tut itu dengan mengunakan plastik lut sinar ataupun sabut kelapa;
- Pisahkan yang sudah berakar daripada pokok induk dengan memotong ranting atau dahan di bahagian bawah tut tersebut;
- Tanam anak pokok ke dalam beg politena ataupun pasu.
MENYEDIAKAN TUT LENTUR
- Pilih dahan tanaman yang renek yang agak lampai;
- Lukakan dahan tersebut sedalam 15cm dari hujung;
- Tanam dahan yang telah di lukakan di dalam tanah dan sentiasa di lembapkan. Gunakan cabang kayu ataupun paku logam untuk memegang dahan ke tanah;
Potong dahan yang telah berakar di sebelah bawah dan anak pokok yang terhasil di tanam di dalam pasu atau beg politena.