|
|
PEMBIAKAN SECARA KERATAN PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG - KERATAN BATANG LEMBUT: Contoh Tanaman – Alternanthera sp
- Ambil bahagian batang yang termuda sekali dan masih hijau;
- Buat keratan sepanjang 10-15cm berserta 2-3 helai daun;
- Celup pangkal batang dengan hormone pengalak akar;
- Semai keratan didalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium pengakaran atau semai terus ke dalam plastik politena yang bersesuaian;
- Siram persekitaran sehingga medium menjadi lembap;
- Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
- Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan di tepi pasu atau beg politena.
- KERATAN BATANG SEDERHANA:
Contoh Tanaman: Hibiscus sp - Ambil bahagian dahan yang baru matang;
- Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun;
- Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar;
- Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium;
- Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
- Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
- Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.
- KERATAN BATANG KERAS:
Contoh Tanaman: Pokok Simpur - Ambil dahan yang mudah mengeluarkan akar iaitu daripada dahan dan batang yang telah lama matang;
- Buat keratan sepanjang 2m atau lebih;
- Celup pangkal dahan dengan hormon pengalak akar;
- Tanam keratan batang keras terus ke dalam beg politena atau pasu;
- Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
- Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
- Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.
|
PEMBIAKAN SECARA KERATAN AKAR (Contoh Tanaman: Philodendron sp) | - Potong akar-akar se panjang 15-30cm;
- Semai ke dalam medium pengakaran secara tegak atau mendatar;
- Semai secara tegak tentukan yang bahagian hujung akar itu berada di dalam medium dan bahagian pangkalnya berada di atas medium;
- Letakkan bahan biakkan di tempat yang terlindung;
- Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biak serta mencatit tarikh pembiakkan
|
PEMBIAKKAN SECARA KERATAN DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp) | - Keratan daun bolih di akarkan dan kaedah ini sering di lakukan untuk mengakarkan daun berlendir. Terdapat empat cara menyediakan keratan daun:
- KERATAN URAT DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp)
- Ambil daun yang sihat dan bebas daripada penyakit atau seranggan serangga perosak;
- Letakkan di atas medium penanaman dengan memotong urat daun sepanjang 1cm;
- Tekan sedikit daun dengan mengunakan pin ke atas medium penanaman supaya urat daun yang di potong dapat bersentuhan dengan medium penanaman;
- Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
- Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
- KERATAN LAI DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp)
- Ambil lai daun dan potong sepanjang 4-5cm;
- Semai keratan-keratan yang telah di potong secara tegak atau mendatar di atas medium pengakaran;
- Keratan-keratan lai daun yang di semai menegak hendaklah bahagian atas lai daun itu menghala ke atas dan bahagian bawah lai daun di tanam ke medium medium;
- Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
- Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
- KERATAN TUNAS DAUN (Contoh Tanaman: Lornicera sp)
- Ambil daun yang mempunyai tunas ketiak dan sedikit bahagian batang;
- Semai keratan ke dalam medium pengakaran dengan cara mencocok keratan sehingga ke paras bahagian lai daun;
- Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
- Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
- KERATAN LAI DAUN DAN TANGKAI DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp)
- Ambil sekeping daun serta tangkai daun;
- Tanam bahagian tangkai daun ke dalam medium pengakaran dan bahagian lai daun berada di atas permukaan medium;
- Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
- Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
|
|