Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN KE RUMAH- RUMAH DAN PEJABAT – PEJABAT BAGI PERMOHONAN KEMAJUAN


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Ogos 2019. - Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Go Rush Co., salah satu syarikat tempatan yang memberikan perkhidmatan penghantaran ke rumah-rumah dan pejabat – pejabat.

Tujuan penggunaan perkhidmatan ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai dan pelanggan Jabatan ini khususnya Qualified Persons (QPs) dan Licensed Land Surveyor (LLS) bagi penghantaran dokumen permohonan ke JPBD dan seterusnya penghantaran Surat Kebenaran Perancangan kepada pihak yang memohon. Perkhidmatan ini adalah salah satu inisiatif Jabatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai supaya lebih effisien bagi mendokong usaha Kerajaan dalam menyediakan platform perniagaan yang mudah bagi peniaga di Negara Brunei Darussalam.

Penggunaan perkhidmatan Go Rush ini akan dikenakan bayaran yang minima bagi setiap penghantaran mengikut kawasan dan jenis perkhidmatan yang dipilih. Orang ramai khususnya Qualified Persons (QPs) dan Licensed Land Surveyor (LLS) yang berhasrat menggunakan perkhidmatan ini perlulah mendaftarkan diri bersama Go Rush secara atas talian (online registration) melalui laman web 'www.gorushbn.com'. Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja (one-time registration).

Pembayaran hendaklah dibuat secara tunai melalui dalam talian (online Bank Transfer atau Quick Pay) sebelum penghantaran atau melalui 'cash on delivery (COD)' selepas menerima dokumen-dokumen yang berkenaan.

Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, pihak JPBD berharap perkhidmatan tersebut akan dapat dimanfaatkan oleh pelanggan khususnya Qualified Persons (QPs) dan Licensed Land Surveyor (LLS).

Sebagai usaha berterusan JPBD untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi Talian Hotline JPBD +673 8200 222; atau layari Instagram JPBD  '@tcp.brunei', untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas.

Manakala bagi pertanyaan mengenai perkhidmatan penghantaran, orang ramai dialu-alukan untuk berhubung terus ke talian +673 8752066, emel 'hello@gorushbn.com', atau layari Facebook '@go.rush.bwn' dan Instagram '@gorush.bn'.

 

Disediakan oleh: 
Nurizzatul Izzah haji Abd Rahman,
Pegawai Perancang Bandar dan Desa. Jabatan perancang Bandar dan Desa. 


Attachments