Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

5 HARI LAGI


Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2025 / World Town Planning Day (WTPD) 2025 - Let's Celebrate Together (10 November 2025 hingga 15 November 2025).

Tema sambutan "Collaborating for Sustainable Growth", memberi fokus kepada kepentingan usahasama dalam menjana pertumbuhan mampan dan berdayatahan, di mana peranan perancangan guna tanah dan pengurusan kemajuan fizikal yang menyeluruh adalah selaku platform penghubung bagi usahasama tersebut.

Sambutan HPBS 2025 Peringkat Kebangsaan akan diisikan dengan majlis / aktibiti berikut:

  1. Pelancaran Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat kebangsaan bagi tahun ini akan diadakan pada 10 November 2025 diselajurkan dengan pelancaran 08 buah buku-buku Garis Panduan dan Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Supplimentari dan pelancaran Sistem Aduan Perancangan Orang Ramai.
  2. Penyalaan Lampu pelbagai warna di atas Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bermula pada malam, 08 November 2025, hari Sabtu hingga 16 November 2025, hari Ahad.
  3. Pameran "Collaborating for Sustainable Growth", bermula pada 10 hingga 15 November 2025 bertempat di Ruang Legar, Tingkat 1, Kementerian Pembangunan sepanjang waktu bekerja.
  4. Sesi taklimat dan dialog perancangan bermula pada 11 November 2025 hingga 15 November 2024, bertempat di Dewan Betabur, Tingkat 1, Kementerian Pembangunan

 

#TogetherforBetterBrunei


Attachments