Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBayaran Balik Perumahan

​Berapa lama tempoh bayaran balik Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) ?

 

Tempoh bayaran balik SPN adalah mengikut tempoh baki perkhidmatan pemohon.


Bagaimana cara pembayarannya?

 

Cara pembayarannya:

  1. ​​Bagi Pegawai dan Kakitangan yang berkhidmat dengan Kerajaan samada dalam jawatan Tetap, Sebulan Kesebulan, Open Vote atau Bergaji Hari akan terus dipotong dari gaji.

     
  2. Bagi Pegawai Kerajaan yang telah bersara dan berhak menerima pencen perkhidmatan akan dipotong dari pencen perkhidmatan.

     
  3. Bagi Pegawai Kerajaan yang telah bersara dan telah meninggal dunia dan masih lagi berhak menerima pencen (ahli waris yang menerima pencen turunan akan juga dipotong dari pencen turunan tersebut).

     
  4. Bagi Kakitangan yang berkhidmat dengan mana-mana Syarikat Swasta juga boleh dipotong gaji tertakluk kepada Pengurusan Syarikat tersebut bersetuju membuat potongan melalui gaji kakitangan berkenaan.

     
  5. Bagi pekerja-pekerja persendirian bayaran adalah dibuat secara tunai di Kaunter Pembayaran dan/atau secara atas talian iaitu portal One Common Billing System (OCBS) log masuk ke akaun E-Darussalam atau melalui perbankan atas talian dengan bank Baiduri dan BIBD.


Bagaimana jika pemilik gagal membayar balik pinjaman bagi rumah yang telah diperuntukan?


Jabatan akan membuat surat tuntutan (tagihan) amaran pertama, kedua dan ketiga. Jika gagal gaji penjamin akan dipotong mengikut kadar bayaran sebulan dan jumlah yang tertunggak.

 

​ Apakah status penjamin?

 

Penjamin adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berkhidmat dengan Kerajaan dan syarikat swasta yang dibenarkan.

 

Bagaimana baksis bagi pemilik rumah yang bersara? Adakah dikenakan potongan jika masih mempunyai baki pinjaman?

 

Bagi Pegawai dan Kakitangan yang bersara dan berhak menerima baksis perkhidmatan akan dipotong mengikut kadar peratus yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan seperti berikut;


​BAKSIS YANG AKAN DITERIMA​KADAR POTONGAN
​Dibawah $10,000​0%
$10,000 keatas dan dibawah $20,000​10%
​$20,000 keatas dan dibawah $30,000​15%
​$30,000 keatas dan dibawah $50,000​20%
​$50,000 keatas​30%