Turn on more accessible mode
Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Turn off Animations

Skip Navigation LinksBerita Terkini

Description
Front image

Khamis, 27 Mac 2025M - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1446H Hijrah bersamaan 2025 Masihi yang diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan berkeperluan khas bagi warga Jabatan ini

IMG_20250327_101702.jpg

Selasa, 04 Mac 2025M - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sepanjang bulan Ramadhan 1446 Hijrah, waktu perkhidmatan bagi kaunter Bahagian Pengurusan Permohonan dan semua perkhidmatan kaunter Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JKP, Lapangan Terbang Lama dan semua Cawangan-Cawangan JKP.

FRONT IMAGE.WAKTU KAUNTER RAMADHAN 1446H.jpg

Selasa, 04 Mac 2025M - Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan adalah merupakan bulan kerinduan yang dinanti-nantikan kerana setiap amal ibadat yang dilakukan di bulan mulia ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda . Para pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan juga turut mengadakan aktiviti bertadarus Al-Quran setiap pagi di Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.

_HDD0347.JPG

Khamis, 27 Februari 2025M - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan majlis membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil sebelum kedatangan bulan suci Ramadhan.

_HDD0431.JPG

Selasa, 25 Februari 2025M - Sepertimana lazimnya pada tahun-tahun yang lepas, di antara aktiviti tahunan Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan bagi mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba adalah mengadakan kerja bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam.

_HDD0216.JPG

Khamis, 20 Februari 2025M - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi pegawai dan kakitangan yang bersara pada tahun 2023 dan 2024. Majlis diadakan di Dewan Muwafaqah, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.

IMG_20250220_144932 COPY.jpg

Rabu, 19 Februari 2025M - Penuntut di bawah program Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Brunei telah membuat lawatan sambil belajar ke tapak pembinaan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu.

Image 4.jpg

​Sabtu, 08 Februari 2025M - Jabatan Kemajuan Perumahan sukacita menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mengenai kemudahan-kemudahan dan fasiliti-fasiliti yang diperlukan di Taman Rekreasi Perumahan Negara Kampung Pandan dengan melengkapkan kaji selidik ringkas.

Pandan Recreational Park Survey (Malay).jpg

​Khamis, 30 Januari 2025M - Jabatan Kemajuan Perumahan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya telah menyelenggarakan Majlis Munajat yang diselajurkan dengan membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

IMG_0647.JPG

Rabu, 27 November 2024 - Sejumlah 502 unit rumah jenis teres di bawah Skim Perumahan Negara (SPN) Kampung Lugu telah diundikan pada hari Selasa dan Rabu, 26 dan 27 November 2024 kepada pemohon-pemohon yang layak mengikuti skim berkenaan.

IMG-20241127-WA0012.jpg

Selasa, 22 Oktober 2024M - Perlawanan akhir Kejohanan Futsal Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan telah diadakan pada hari Selasa, 22 Oktober 2024 di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.

DSC_0090 copy.JPG

Isnin, 07 Oktober 2024M - Hari Habitat Sedunia disambut pada Hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun yang mana tema pada tahun ini ialah “Engaging Youth To Create A Better Urban Future”. Bagi meraikan serta memberkati pembukaan sambutan Hari Habitat Sedunia pada tahun ini, Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengadakan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran bertempat di Masjid Az-Zakireen, Perumahan Negara Kg. Meragang.

WhatsApp Image 2024-10-07 at 16.26.10_5eacd964.jpg

Isnin, 07 Oktober 2024 M - Ucapan Yang Mulia Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, sempena memperingati Hari Habitat Sedunia 2024 dengan tema tahun ini 'Engaging youth to create a better urban future'.

Ucapan Cover.jpg

Sabtu, 31 Ogos 2024M - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah di bawah Skim Perumahan Negara bagi Daerah Brunei & Muara dan Daerah Tutong kepada 440 orang penerima.

HDD4088.jpg

​Rabu, 28 Ogos 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pemberigaan sebarang makluman dan aktiviti / majlis yang dikendalikan oleh Jabatan akan disalurkan melalui akaun rasmi Instagram Jabatan iaitu @jkpbrunei.

Notis.Instagram JKP CoverImg.jpg

​Selasa, 20 Ogos 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai khususnya kepada pemohon-pemohon Skim Perumahan Negara bahawa Jabatan mula menggunakan penghantaran Perkhidmatan Pesanan Ringkas atau Short Message Service (SMS) melalui perkhidmatan SMS Kerajaan bagi menyampaikan sebarang maklumat dan makluman.

Notis.Penggunaan SMS Kerajaan CoverPg.jpg

Khamis, 01 Ogos 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan akan menawarkan rumah-rumah yang terletak di Kampong Ayer iaitu tiga (3) buah rumah di bawah Skim Perintis Menaik Taraf Kampung Ayer, Mukim Peramu dan satu (1) buah rumah di Perumahan Kampong Sungai Bunga, Mukim Kota Batu, Daerah Brunei dan Muara.

Notis Menawarkan Rumah Kg Ayer (2).jpg

Rabu, 17 Julai 2024M – Orang ramai adalah diseru untuk membuat pendaftaran dengan segera bagi penggantian meter kepada USMS agar perkhidmatan bekalan elektrik dan air tidak terjejas semasa TID Rollover.

logo USMS.jpg

Rabu, 12 Jun 2024M -Sejumlah 307 unit rumah jenis teres di bawah Skim Perumahan Negara (SPN) Kampung Lugu telah diundikan kepada pemohon-pemohon yang layak mengikuti SPN.

_HDD1909.JPG

Ahad, 05 Mei 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah turut sama mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Konsep sambutan tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya dimana ianya diadakan di luar Jabatan dan di luar waktu pejabat

IMG_0822.JPG

Rabu, 01 Mei 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa talian telefin kepada orang ramai bahawa talian Jabatan Kemajuan Perumahan Cawangan Temburong 5230437 tidak berfungsi kerana mengalami kerosakan (masalah teknikal) sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bagi sebarang urusan bolehlah menghubungi Jabatan Kemajuan Perumahan Cawangan Temburong melalui talian 5230447 dan e-mel: temburong.jkp@hdd.gov.bn

Notis.TalianTelJKPTEMRosak_FrontImage.jpg

Sabtu, 27 April 2024M -

Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) mengambil maklum mengenai isu penularan mesej di media sosial WhatsApp pada masa ini yang memuatkan senarai nama pemohon Skim Perumahan Negara dengan tajuk KSPN(1). Walau bagaimanapun apa yang telah ditularkan baru-baru ini mengenai peruntukan perumahan bagi pemohon-pemohon Skim Perumahan Negara bagi kawasan Perumahan Negara Kg. Lugu adalah tidak sahih.

KenytaanIsuSenara.FrntImg(2).jpg

​Khamis, 25 April 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan dengan kerjasama Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan telah menyelenggarakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Munajat bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahny

Munajat 2.jpg

Sabtu, 06 April 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi yang diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-Anak Yatim dan Orang Berkeperluan Khas bagi warga Jabatan Kemajuan Perumahan.

IMG-20240406-WA0011.jpg

Rabu, 13 Mac 2024M - Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana di dalamnya terdapat keberkahan dimana setiap amal ibadah yang dilakukan semasa bulan mulia ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tidak ketinggalan dalam sama-sama meraih peluang di bulan mulia dan suci ini, para pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan juga turut mengadakan aktiviti bertadarus Al-Qur'an pada setiap pagi di Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.

IMG-20240316-WA0017.jpg

Isnin, 11 Mac 2024 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sepanjang bulan Ramadhan 1445 Hijrah, waktu perkhidmatan bagi kaunter Bahagian Pengurusan Permohonan dan semua perkhidmatan kaunter Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JKP, Lapangan Terbang Lama dan semua Cawangan-Cawangan JKP.

Notis.WaktuKaunterRamadhan.FrontImage.jpg

Sabtu, 09 Mac 2024M - Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam yang diungkayahkan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kandis, Kampung Katok, Jalan Tungku, Gadong.

_HDD1613.JPG

Khamis, 07 Mac 2024 - Seramai 7 orang mahasiswa dan 3 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Brunei telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak pembinaan Skim Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu.

WhatsApp Image 2024-03-09 at 9.23.01 AM.jpeg

Khamis, 07 Mac 2024M - Jabatan Kemajuan Perumahan mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin & Bertahlil bagi pegawai dan kakitangan yang telah kembali kerahmatullah.

WhatsApp Image 2024-03-07 at 09.01.30_fd3a760f.jpg

Isnin, 04 Mac 2024 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah menerima rombongan lawatan kerja rasmi dari Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD) Republik Rakyat China

_HDD1495.JPG

1 - 30Next