- Membantu mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya melalui kaedah pemberigaan yang berkesan.
- Membantu meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan melalui penyaluran maklumat yang cepat, tepat dan mudah diperolehi.
- Membantu mempertingkatkan perhubungan yang baik dan berkesan di antara Kementerian ini dengan pengguna serta orang ramai melalui program dan aktiviti mendekati masyarakat (outreach), jerayawara dan taklimat.
- Penyaluran maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya khususnya yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai melalui media cetak dan elektronik.
- Menyelaras aduan-aduan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
- Menyelaras penyediaan dan pengemaskinian laman sesawang Kementerian Pembangunan.
- Menyelaras lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian Pembangunan.
|