Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMenteri Kementerian Pembangunan

​​​DSP Hj Suhaimi Hj Gafar.JPG

YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA IR. AWANG HAJI SUHAIMI BIN HAJI GAFAR
MENTERI PEMBANGUNAN
 
 

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar merupakan graduan lulusan dari North East London Polytechnic, England (sekarang dikenali sebagai North East London University) dalam bidang Kejuteraan Awam pada tahun 1985. Pada tahun 2003, beliau memperolehi Ijazah Sarjana lanjutan iaitu Masters in Business Administration (MBA) dari Universiti Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato mula berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurutera pada tahun 1985, di Bahagian Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (sekarang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya). Pada tahun 1991, Yang Berhormat Dato ditukar ke Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya sebagai Jurutera Kerja dan pada tahun 1994 Yang Berhormat Dato telah diterima menjadi ahli badan berkanun Professional Kejuteraan (Chartered Engineer) dari Institute of Chartered Engineer, United Kingdom. Yang Berhormat Dato seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Jalan Raya pada tahun 1996 dan menjadi Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya pada tahun 2001.

Kemudian pada tahun 2003 Yang Berhormat Dato dilantik menjadi Pengarah Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya dan dipindah ke Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya sebagai Pengarah Kemajuan, pada tahun yang sama sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005, Yang Berhormat Dato telah dianugerahkan Fellowship Institute of Civil Engineer (FICE), UK. Setelah itu, Yang Berhormat Dato ditugaskan semula ke Jabatan Perkhidmatan Air sebagai Pengarah Perkhidmatan Air selama empat bulan pada tahun 2005 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya.  Pada tahun 2008, Yang Berhormat Dato telah ditetapkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya.

Yang Berhormat Dato dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan pada tahun 2010 sehingga bersara dari perkhidmatan awam pada bulan Ogos 2015.

Pada bulan Oktober 2015, Yang Berhormat Dato berkhidmat semula dengan Kerajaan dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan.

Mula berkuatkuasa pada 30 Januari 2018, Yang Berhormat Dato dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi Menteri Pembangunan sehingga sekarang.

Yang Berhormat Dato menerima beberapa pingat-pingat kehormatan dan bintang-bintang kebesaran dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seperti PJK, PIKB, PKL, Pinggat Jubli Perak, PSB, SMB dan SNB.  Pada 15 Julai 2012, Yang Berhormat Dato telah dikurniakan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Paduka'.

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 pada 15 Julai 2017, Yang Berhormat Dato telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Paduka'.

Pada 15 Julai 2018, Yang Berhormat Dato telah dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia' semasa Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72.

Yang Berhormat Dato telah dianugerahkan Honorary Member of Asean Engineer Federation (AER) dan Fellow Member of ASEAN Academy of Engineering, AAET pada tahun 2010. Pada tahun 2014, Yang Berhormat Dato telah menerima ASEAN Science and Technology Award iaitu ASEAN Meritorious Science Award (AMSA) semasa Yang Berhormat Dato menjadi Pengerusi ASEAN Science and Technology Committee. Yang Berhormat Dato juga menjadi ahli kepada beberapa institusi berkanun seperti Board Member of APEQS (Brunei), PUJA (B), M.I.H.T (UK), Member of REAAA.

Yang Berhormat Dato berkahwin dengan Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Hj Hidup dan dikurniakan empat orang anak.

Yang Berhormat Dato juga aktif dalam bersukan seperti golf, tennis, badminton, squash, bowling dan berbasikal.