Latar Belakang
Punca utama jerebu tebal yang melanda Negara
Brunei Darussalam ketika ini adalah disebabkan oleh kebakaran-kebakaran
yang berlaku diluar negeri khususnya di Sarawak dan Kalimantan.
Punca jerebu yang melanda Negara Brunei
Darussalam ketika ini berbeza daripada peristiwa yang berlaku pada tahun
1998, di mana Negara Brunei Darussalam ketika itu juga turut mengalami
kemarau dan kebakaran hutan besar-besaran.
Ketika itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah
berkenan meluluskan pindaan kepada Kanun Jenayah bagi menangani isu
pembakaran terbuka semasa musim kering dan kemarau berpanjangan.
Undang-undang tersebut yang dikenali sebagai
“Emergency (Penal Code) Amendment Order 1998”, antaralainnya
memperuntukkan yang berikut:
Bagi kesalahan pembakaran yang tidak
membahayakan nyawa atau harta benda ianya bolehlah dihukum dibawah Akta
Kesalahan Kecil (Bab 30) dengan denda sebanyak B$250.
Penguatkuasaan Undang-Undang Pembakaran Terbuka
Kebaikan:
Keperluan:
- Komitmen dan kerjasama semua pihak berkuasa.
- Pengumuman luas larangan tersebut.
- Meningkatkan kegiatan pengawasan dan rondaan.
- Bertindak kepada aduan-aduan daripada mana-mana pihak.