| | 24 April 2022 - Negara Brunei Darussalam telah diberikan penghormatan dan peluang untuk menyertai dan mengongsikan usaha-usaha ke arah menangani isu air di samping mempelajari menerusi perkongsian maklumat dan pengalaman bersama negara-negara sahabat di 4th Asia-Pacific Water Summit.
| 
|
| | 23 April 2022 - Negara Brunei Darussalam, menerusi Kementerian Pembangunan dan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Tokyo, Jepun telah menghadiri 4th Asia-Pacific Water Summit yang diadakan pada 23 hingga 24 April 2022 bertempat di Bandar Kumamoto, Kumamoto, Jepun.
| 
|
| | 23 April 2022 - Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan memperingati peristiwa turunnya ayat-ayat suci Al-Quran sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran sempena memperingati peristiwa tersebut.
| 
|
| | 22 April 2022 - Sambutan Hari Bumi yang diraikan pada 22 April setiap tahun merupakan satu wadah bagi masyarakat global untuk menunjukkan sokongan terhadap perlindungan alam sekitar, terutamanya dalam mendorong penyertaan setiap individu bagi memainkan peranan masing-masing ke arah penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar.
| 
|
| | 21 April 2022 - Seramai 40 orang anak-anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah kembali ke rahmatullah menerima derma dan sumbangan.
| 
|
| | 12 April 2022 - Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran bertempat di Masjid Kampong Mentiri, Jalan Kota Batu.
| 
|
| | 9 April 2022 - Kempen ini bertujuan untuk melibatkan orang ramai untuk ikut serta dalam meningkatkan kesedaran bahawa ada alternatif kepada penggunaan plastik sekali guna dan mendorong penggunaan barang yang boleh diguna semula seperti beg, botol dan bekas makanan guna semula terutama apabila membeli makanan tapau.
| 
|
| | 7 April 2022 - Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda, bonda dan paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, di Kubah Makam Diraja.
| 
|
| | 29 Mac 2022 - Kementerian Pembangunan telah mengemaskini beberapa perkhidmatan atas talian bagi kemudahan orang ramai menghadapkan permohonan mereka tanpa perlu berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan secara physical atau memuat turun borang permohonan.
| 
|
| | 27 Mac 2022 - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 di Taman Rekreasi Tanjung Batu, Muara.
| 
|
| | 26 Mac 2022 - Seminar Pembangunan Profesional bersempena Hari Juruukur Sedunia 2022 yang diadakan pada hari ini merupakan acara kedua bagi Sambutan Hari Juruukur Sedunia 2022 anjuran bersama Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Institusi Geomatik Brunei (B.I.G).
| 
|
| | 21 Mac 2022 - Sempena Hari Juruukur Sedunia yang jatuh pada hari ini, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, telah mengadakan Majlis Solat Berjemaah, Membaca Surah Yassin dan Doa Kesyukuran yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen.
| 
|
| | 21 Mac 2022 - Radio Televisyen Brunei (RTB) telah melakar satu lagi detik bersejarah dengan berlangsungnya Majlis Pemindahan RTB Cawangan Daerah Temburong ke Bangunan Kekal Baharu, yang mana kerja-kerja pengubahsuaian bangunan telah dilaksanakan bersama oleh pihak Jabatan RTB dan Jabatan Kerja Raya.
| 
|
| | 19 Mac 2022 - Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah menyempurnakan pelancaran buku di Majlis Pelancaran dan Pemberigaan Buku Perancangan Strategik Jabatan Tanah 2022-2027.
| |
| | 12 Mac 2022 - Antara intipati ceramah khas Israk dan Mikraj ini menekankan kepentingan untuk menghayati dan tadabbur Al-Quran serta mempelajari sirah Rasulullah S.A.W dan kehidupan para sahabat salafussoleh sebagai rujukan ke arah menjana pembentukan akhlak manusia yang baik dan terpuji.
| 
|
| | 8 Mac 2022 - Berikutan dengan peningkatan kes positif COVID-19, beberapa perkhidmatan ABCi berkemungkinan terjejas dan mengambil masa untuk diproses. Orang ramai adalah disaran untuk melaksanakan permohonan dan pembayaran secara dalam talian.
| 
|
| | 20 Februari 2022 - Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada pengguna jalan raya bahawa Jejambat Lugu di persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong/Perumahan Negara Kampong Lugu telahpun siap dilaksanakan dan dibukakan kepada pengguna jalan raya mulai hari Ahad, 20 Februari 2022.
| 
|
| | 20 Februari 2022 - Dengan perasmian Jejambat Lugu di persimpangan Perumahan Negara Kampong Lugu, kini para pengguna jalan raya khususnya bagi penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan boleh mengurangkan tempoh perjalanan untuk menuju ke Bandar Seri Begawan tanpa menggunakan Jalan Tutong ataupun pusingan 'U' di Lebuhraya Muara-Tutong yang terletak enam kilometer dari kawasan Perumahan Negara Kampong Lugu.
| 
|
| | 10 Februari 2022 - COVID-19 memberi impak sangat mendalam terhadap aktiviti-aktiviti seharian, tidak terkecuali juga perlaksanaan bagi projek-projek di bawah Kementerian Pembangunan. Walaubagaimanapun, dengan adanya Business Continuity Plan (BCP), usaha-usaha dan perancangan yang telah dirancang ini dapat terus dilaksanakan dengan teratur.
| 
|
| | 5 Februari 2022 - Majlis penandatanganan kontrak telah diadakan di antara Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam yang diwakili oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Syarikat Juruukur Fadly bagi projek "Aerial Photography, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam".
| 
|
| | 22 Januari 2022 - Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah membuat lawatan kerja ke beberapa buah tapak projek di bawah RKN11 di Daerah Brunei dan Muara. Ini termasuk lawatan ke bangunan tempat tinggal sementara yang menempatkan seramai 363 orang pekerja di tapak pembinaan Projek Perumahan Negara Kampong Lugu Fasa 2.
| 
|
| | 14 Disember 2021 - Penduduk RPN Kampong Mengkubau dan sekitarnya akan mempunyai sebuah bangunan masjid baharu yang dibina di atas sebidang tanah berkeluasan lapan ekar dan boleh menampung lebih kurang 2,000 orang jemaah.
| 
|
| | 3 Disember 2021 - Kementerian Pembangunan telah menerima Anugerah Kejuruteraan AFEO semasa majlis penutup Persidangan Pertubuhan Kejuruteraan bagi Pertubuhan ASEAN, CAFEO kali ke-39.
| 
|
| | 1 Disember 2021 - Pegawai Alam Sekitar Kanan di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Martinah binti Haji Tamit dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan pada 11 November 2021.
| 
|
| | 30 November 2021 - Mesyuarat ke-22 Jawatankuasa Pandu Menteri-Menteri Rantau ASEAN Selatan Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (MSC) telah diadakan melalui persidangan video di mana Republik Indonesia menjadi Tuan Rumah kepada mesyuarat berkenaan.
| 
|
| | 30 November 2021 - Kementerian Pembangunan melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan dan Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan majlis pemberigaan bagi Piawai Brunei Darussalam PBD 3: 2016 (Edisi Kedua) secara maya.
| 
|
| | 9
November 2021 - Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah menghadiri sesi Ke-26
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 26) di United
Kingdom yang diteruskan dengan Segmen Peringkat Tinggi bagi menyampaikan
Pernyataan Negara, yang diadakan pada 9 hingga 10 November 2021.
| 
|
| | 30 Oktober 2021 - Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan majlis ceramah sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1443 Hijrah, secara maya, yang dikelolakan bersama oleh Jabatan Kemajuan dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya.
| 
|
| | 26
Oktober 2021 - Forum Peringkat Tinggi ASEAN-China mengenai Pembangunan Hijau
dan Mampan, Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-China 2021 telah diadakan pada 24
hingga 26 Oktober 2021 melalui sidang video yang dianjurkan bersama oleh
Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat
Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.
| 
|
| | 23 Oktober 2021 - Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN ke-16 mengenai Alam Sekitar dan Persidangan ke-16 Ahli-Ahli Parti Kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan telah diadakan di Indonesia pada 21-22 Oktober 2021 secara maya dan dihadiri oleh Menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar dari Negara-Negara ASEAN.
| 
|