1. Kesemua cadangan kegunaan tanah lot bersesuaian dengan kawasan sekelilingnya;
2. Cadangan kemajuan selaras mengikut Syarat Khas
Tanah, dasar dan zon perancangan
(zoning) terutama dari segi jenis kegiatan, kepadatan, nisbah plot, saiz kemajuan, susun atur, kedudukan dan rupabentuk luaran bangunan;
3. Kesesuaian cadangan jalan laluan, lanskap dan kawasan keluar masuk
(point of access) kemajuan yang
dirancangkan;
4. Memastikan tidak ada impak
negatif dari cadangan kemajuan kepada persekitaran;
5. Kedayatahanan dan kewujudan infrastruktur dan kemudahan asas yang
diperlukan untuk kemajuan yang
dirancangkan seperti jalan, pembetungan dan perparitan, bekalan air
dan tenaga.
Perkara
ini adalah perlu untuk mendapatkan persekitaran yang
terjamin dan berdayatahan dalam mengambil kira:
1. Kesan atau impak sesuatu kemajuan tidak akan merosakkan persekitarannya.
2. Kesan kemajuan tidak akan menjejaskan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.
3. Cadangan perlindungan dan pemeliharaan terhadap ciri-ciri alam semula jadi
(natural features) yang signifikan.
4. Pengindahan, penghijauan dan pembaikan kawasan sekitarnya seperti penanaman landskap.
5. Kapasiti infrastruktur dan kemudahan asas sedia ada seperti jalan laluan, pembetungan, sistem perparitan, bekalan air
dan tenaga.
6. Kawasan-kawasan Sensitif alam sekitar seperti kawasan dataran tinggi, kawasan bakau, kawasan paya tidak akan terjejas teruk akibat sesuatu kemajuan.
Jenis- jenis Kemajuan yang memerlukan Kebenaran Perancangan adalah seperti berikut:
Perumahan Am:
Perumahan & Perniagaan:
Perniagaan:
Industri:
Tekan Link dibawah untuk maklumat lanjut;