12 April 2016 – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Belait telah diadakan di Dewan Bandaran. Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian cawangan Ukur Daerah Belait, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubunkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan disamping mengeratkan silaturrahim diantara Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.