Bagaimana pemilik rumah kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) untuk menghadapkan aduan kerosakan?
Aduan kerosakan bolehlah dilaporkan;
Bahagian Pengurusan Estit dan Perumahan
Jabatan Kemajuan Perumahan
Jalan Surapit
Perpindahan Burong Pinggai Berakas
Negara Brunei Darussalam
atau menghubungi
Talian Darussalam 123
Apakah jenis aduan kerosakan rumah yang diterima oleh Jabatan Kemajuan Perumahan?
i. Struktur lantai rumah teturun (ground settlement)
ii. Tanah Susur
iii. Keruntuhan tanah cerun (slope failure)
iii. Longkang tersumbat
iv. Pembentungan tersumbat (manhole)
Aduan kerosakan mengenai struktur rumah kediaman, lantai teturun (settlement)?
Setiap aduan diterima akan dibuat pemeriksaan sebelum dihadapkan keBahagian Struktur untuk penelitiaan sebab-sebab kerosakan. Jika disahkan kerosakan Struktur, Jabatan akan mengusahakan untuk meminta peruntukan. Jika tidak, bahagian ini akan memaklumi tuan rumah untuk memperbaiki kerosakan secara persendirian.
Aduan tanah susur dikawasan rumah dikawasan rumah Perumahan?
Aduan diterima dan pihak Jabatan akan membuat pemeriksaan. Kemudian laporan pemeriksaan akan dihadapkan kepada Bahagian Kaji Tanah untuk penilaian harga yang dikehendaki untuk memperbaiki kerosakan (jika keadaan yang kritikal). Manakala jika kerosakan akibat tanah susur adalah kecil dan boleh ditangani oleh Penghuni maka Jabatan akan memaklumkan demikian.
Aduan orang ramai tentang longkang tersumbat dikawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ)?
Bahagian Pengurusan Estit dan Perumahan (PEP) akan membuat pemeriksaan bagi aduan yagn diterima dan akan mengambil langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan.
Aduan manhole kerajaan dikawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) yang didapati tersumbat?
Bahagian Pengurusana Estit dan Perumahan akan membuat memeriksa dan menghadapkan cadangan, jika didapati yang tersumbat adalah manhole dalam kawasan rumah maka kerja-kerja pembaikan adalah menjadi tanggungjawab penghuni-penghuni rumah sendiri. Akan tetapi jika ianya adalah salah satu manhole kerajaan [Terminal Manhole] maka laporan dipanjangkan kepada Jabatan Kerja Raya - Jabatan Saliran dan Pembetungan. Manakala jika manhole yang tersumbat dikawasan Rumah Tumpang Sementara dibawah kawalan Jabatan Kemajuan Perumahan maka Bahagian PEP akan melakukan kerja-kerja pembaikan melalui pemborong yang dilantik.