PEMBIAKAN DENGAN BIJI BENIH
Sebelum disemai biji benih perlu dipilih untuk menentukan kadar percambahan yang tinggi.
Pemilihan biji benih hendaklah dibuat berasaskan:
- Biji benih hendaklah yang telah benar-benar matang;
- Biji benih tulen;
- Biji benih hendaklah bebas dari serangan penyakit atau serangga perosak;
- Biji benih hendaklah tidak mempunyai sebarang kecederaan;
- Biji dari buah yang cukup masak dan dari buah pertengahan bukan dari buah permulaan atau buah penghujung.
PEMBIAKAN DARI BIJI BENIH TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:
PENYEMAIAN BIJI BENIH HALUS Contoh Tanaman: Bunga Bayam) - Isikan kotak tanaman dengan medium percambahan;
- Buat alur-alur kecil di atas medium;
- Semai biji benih ke dalam kotak tanaman dengan cara menabur biji benih sepanjang alur-alur yang di sediakan dan timbus semula;
- Catit jenis dan jumlah yang disemai jika perlu;
- Catit tarikh bila ia disemai ke dalam lebal yang diletakan ditepi kotak tanaman;
- Letakan biji benih yang telah disemai di tempat yang terlindung;
- Siram biji benih yang telah disemai sekali sehari.
PENYEMAIAN BIJI BENIH BESAR (Contoh Tanaman: Pokok Palma) - Kutip biji benih yang sudah matang;
- Tanam biji benih sedalam lebih kurang 2-3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih;
- Jarak biji-biji benih yang di tanam ialah sekurang-kurangnya 3cm;
- Siram medium percambahan sehingga menjadi lembap;
- Tutup kotak tanaman dengan plastik lutsinar atau mengunakan kaca;
- Letakkan kotak tanaman di tempat yang terlindung;
Catit dan rekod jenis dan jumlah biji yang disemai serta menulis tarikh penyemaian dalam lebal yang dilletakkan di tepi kotak tanaman.