- PENTADBIRAN
- KEWANGAN
- TEKNOLOGI MAKLUMAT
- PENGURUSAN ASET
- URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA
1. PENTADBIRAN - Memproses pengambilan pegawai dan kakitangan yang baru (gaji bulan dan gaji hari).
- Memproses permohonan-permohonan seperti cuti, memangku, elaun-elaun pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.
- Memproses sokongan-sokongan pingat dan Bintang Kebesaran Negara.
- Memproses dan mempertimbangkan sokongan-sokongan kenaikan pangkat dan penetapan jawatan.
- Pengendalian Sistem Sumber Manusia (SSM).
- Penyelaras aktiviti-aktiviti Kementerian Pembangunan.
- Memproses persuratan-persuratan dengan lain-lain agensi Kerajaan, swasta, persendirian dan jabatan-jabatan di bawahnya.
2. KEWANGAN - Peruntukan Tahunan
- Urusetia permohonan Anggaran Peruntukan Tahunan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
- Proses Waran Pindah yang dibenarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
- Laporan Bulanan Peruntukan dan Perbelanjaan.
- Pembayaran
- Pembayaran gaji dan elaun-elaun kakitangan bergaji bulan dan bergaji hari.
- Pembayaran 'petty cash', pembelian barang, perkhidmatan dan kontrak serta lain-lain.
- Pemantauan tunggakan bayaran.
- Kutipan Hasil
- Menyediakan Anggaran Tahunan Kutipan Hasil.
- Menerima dan menyimpan kutipan hasil setiap hari bekerja (kecuali Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan).
- Laporan hasil setiap suku tahun.
- Waran Udara
- Memproses permohonan tiket penerbangan pegawi yang menghadiri kursus.
- Lembaga Tawaran Kecil
- Mengiklankan setiap tawaran dalam laman sesawang Kerajaan.
- Membuka dan membatalkan tawaran.
- Sokongan dan kebenaran tawaran / pesanan perubahan (VO).
- Menyediakan senarai syarikat-syarikat yang ditegah untuk menyertai tawaran.
- Laporan tawaran setiap suku tahun.
3. TEKNOLOGI MAKLUMAT - Membuat perancangan yang inovatif menjurus kearah mencapai misi Kementerian Pembangunan sejajar dengan matlamat e-Kerajaan.
- Memastikan aplikasi, perisian sistem dan peralatan komputer di Kementerian Pembangunan terpelihara dan berfungsi dengan baik.
- Memastikan infrastruktur rangkaian di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya berfungsi dengan teratur, terkawal dan dijamin keselamatannya selaras dengan dasar e-Kerajaan.
- Menyelaras projek-projek e-Kerajaan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
4. PENGURUSAN ASET - Memastikan semua premis bangunan luar dan dalam adalah sentiasa bersih.
- Memastikan keselamatan luar dan dalam bangunan sentiasa terjamin.
- Melaksanakan kerja-kerja pemantauan sepanjang masa ke atas semua kepentingan atau aset-aset milik organisasi.
5. URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA - Memastikan harta benda yang dipohonkan adalah dibawah bidangkuasa Jawatankuasa.
- Proses permohonan yang lancar.
- Penelitian Laporan Pemeriksaan daripada agensi-agensi yang berkenaan.
- Penelitian dan penyediaan dokumen yang disokong untuk dihadapkan kepada Lembaga Pemeriksa Tetap, Kementerian Kewangan.
- Mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Penasihat Penghapusan Harta Benda Kerajaan, Kementerian Kewangan.
- Tatacara permohonan penghapusan adalah berpandukan daripada Lembaga Pemeriksa Tetap, Kementerian Kewangan.
|