Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

BENGKEL PELAN STRATEGIK


Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik pada 6hb, 9hb dan 11hb Julai 2020 bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Bengkel 3 hari tersebut telah dikendalikan oleh Pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan daripada setiap Bahagian dan Cawangan. Objektif utama bengkel adalah memberikan kefahaman kepada Pegawai dan Kakitangan mengenai kepentingan Pelan Strategik dan sekaligus untuk membantu pihak Jabatan dalam merangka Pelan Strategik yang baru.


Antara aktibiti yang diadakan di dalam bengkel tersebut adalah membentuk deraf misi & visi Jabatan, mengenalpasti objektif strategik dan jua KPI yang dapat mendokong misi dan visi tersebut. Penglibatan setiap peringkat kakitangan dalam bengkel ini adalah penting bagi memberikan peluang kepada kakitangan dalam membentangkan idea. Disamping itu juga, penglibatan mereka akan dapat memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan pelan strategik ini nanti. Dalam merangka Pelan strategik yang baru ini, pelan strategik Kementerian Pembangunan juga telah di rujuk bagi memastikan keselarasan dalam mendokong visi Kementerian dan Wawasan Brunei 2035.


Attachments