Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PERLAWANAN BULUTANGKIS DI ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN

Oleh: Mohammad Sahriman bin Haji Mohd Salleh

Perlawanan Bulutangkis di antara rumah-rumah sukan BKDS, JPBD telah diadakan pada hari Ahad, 28 Januari 2018 di Dewan Kompleks Bulutangkis JKR bermula pukul 07:30 pagi. Perlawanan ini adalah merupakan salah satu aktiviti sukan tahunan yang dianjurkan oleh BKDS yang bertujuan untuk memupuk semangat bersukan dan mengamalkan kehidupan sihat melalui sukan dikalangan warga kerja JPBD disamping mengeratkan tali silaturahim di antara  pegawai dan kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.  Turut hadir Pmk. Timbalan Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa.

Sebanyak empat buah rumah sukan telah bersaing dalam perlawanan Bulu tangkis tersebut iaitu Tawak-Tawak, Gong, Guriding dan Gulingtangan.

Empat kategori telah dipertandingkan oleh pihak penganjur iaitu Bergu Lelaki Bebas I, II dan III dan Bergu Campuran Bebas.

Keputusan keseluruhan perlawanan bulutangkis tersebut telah dimenangi oleh rumah sukan Gong dengan memperolehi 9 mata penuh.

Attachments