Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KEMPEN DERMA DARAH “AWDA ADALAH HERO PENYELAMAT”

Oleh: Mohd. Noor Azmi bin Awg. Suhaili

Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS), Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Kempen Derma Darah pada 27 Januari 2018 yang bertemakan "Awda adalah HERO Penyelamat" bagi meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma. Antara lain tujuan kempen ini adalah untuk membantu menampung keperluan bekalan darah negara dan memastikan ketersediaan bekalan darah yang selamat dan boleh dipercayai. Kempen tersebut telah mendapat sambutan baik dari 23 orang warga perkhidmatan awam dan orang ramai. Kempen ini dihasratkan untuk dapat mengwujudkan rasa kasih sayang dan tolong menolong bukan sahaja di kalangan warga perkhidmatan awam malahan juga masyarakat amnya. Pada masa yang sama, Jabatan ini berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah,Hospital RIPAS.

Attachments