Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

WALKABILITY RETREAT

Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Acara “Walkability Retreat" bertempat di Kompleks Bangunan Kerajaan, Berakas bagi menyemarakan lagi Sambutan Jubli Emas Jabatan Perancang Bandar dan Desa, yang diselajurkan dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia bagi tahun 2022. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Acara juga turut disertai oleh ahli-ahli Majlis Perancangan Guna Tanah Kebangsaan, warga kerja Kementerian Pembangunan dan jabatan jabatan di bawahnya, ahli ahli komiti di bawah Autoriti Perancang, para professional industri pembinaan dan pihak awam.


Acara dimulakan dengan Sesi Senamrobik yang diketuai oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan seterusnya diisikan dengan aktibiti aktbiti penanaman pokok dan Walkaton. Laluan Walkaton sepanjang 2.0 kilometer memfokaskan laluan di sepanjang jalan di kawasan Kompleks Bangunan Kerajaan Berakas, bermula dan berakhir di Ruang ligar Bangunan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Ukur dan Tanah.

Dengan kolaborasi bersama pihak Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, sebanyak 50 batang pokok telah ditanam bersempena 50 tahun penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Ianya juga adalah antara usaha pihak jabatan dalam mendokong Green Protocol dalam Dasar Perubahan Iklim Negara.


Walkability Retreat diadakan adalah bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan persekitaran kemajuan yang kondusif dan selamat bagi menjana kehidupan sihat melalui riadah berjalan kaki. Ianya adalah antara aspek utama yang diberi keutamaan di dalam “Pedestrian Masterplan" yang sedang dalam penyediaan pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan kolaborasi bersama pihak Jabatan Kerja Raya. Para peserta juga berkesempatan untuk menyaksikan mini pameran “PPP Corner - Pedestraian Masterplan dan Green Initiatives"., di mana juga berpeluang untuk memberikan maklumbalas kepada cadangan yang terkandung dalam pelan induk berkenaan.


Bazar SME Amal juga turut diadakan di kawasan letak kereta Komplek Bangunan Kerajaan yang disertai oleh para pengusaha tempatan yang menawarkan berbagai jenis jualan. Aktibiti ini adalah sebahagian usaha jabatan melalui perancangan guna tanah dalam mendokong perkembangan Small Medium Enterprise di negara ini.

Attachments