Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM BAGI TAHUN 1444H/2023M

tadarus_pppa8.jpg

Sabtu, 15 April 2023 - Jabatan Ukur pada hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim. Majlis berkenaan diadakan di Dewan Bengkel Jabatan Ukur, Kampung Sinarubai. Pada tahun ini, majlis tersebut dikelolakan oleh Bahagian Pengurusan dan Pemeliharaan Aset (PPA) dan Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Personel.

tadarus_pppa.jpg

​Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pemangku Juruukur Agung, Dayang Nor Zetty Akhtar binti Haji Abdul Hamid.  

tadarus_pppa9.jpg tadarus_pppa11.jpg

Acara dimulakan dengan Sembahyang Zohor berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Doa. Acara Penyampaian Derma Anak-anak Yatim dan Penyampaian Sumbangan Ahli-ahli BAUKUR turut diadakan. 

Sumber Foto: Facebok Jabatan Ukur

Attachments