Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA

WhatsApp Image 2023-04-10 at 11.59.04 AM.jpeg

Bandar Seri Begawan, 11 April 2023 - Fenomena Gerhana Matahari Separa (Partial Solar Eclipse) akan berlaku akhir bulan Ramadhan iaitu pada Hari Khamis 29 Ramadhan 1444H bersamaan dengan 20 April 2023. 

Gerhana Matahari Separa berlaku apabila 30 - 40 % permukaan matahari ditutupi oleh bulan. Fenomena ini dijangka berlaku selama 2 jam 37 minit bermula dari Fasa Pertama (first contact) pada jam 11.06 pagi dan berakhir di Fasa Terakhir (last contact) pada jam 1.42 petang. Kemuncak Gerhana Matahari Sepada dijangka berlaku kira-kira pada jam 12.14 tengahari. 

Jabatan Ukur akan melakukan pencerapan fenomena di beberapa tempat di masjid utama di keempat-empat daerah tertakluk kepada keadaan cuaca. 


Sumber: Unit Astronomi, Jabatan Ukur.

Attachments