
10 Oktober 2023, Selasa, Bandar Seri Begawan – Bagi memperingati hari kelahiran
Junjungan Besar Nabi Muhammad (S.A.W), Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelmarin mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad
(S.A.W) bagi tahun 1445H/2023M. Majlis berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Ukur,
Kementerian Pembangunan bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji
Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
Turut menghadiri majlis berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna
Tanah dan Alam Sekitar), Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan),
Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan.

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk ‘Kenapa Aku Harus Mengamalkan
Sunnah?’ yang disampaikan oleh Ustaz Hilman bin Haji Salim, Penolong Pensyarah,
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).
Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban dan Selawat Tafrijiyyah dari
Kumpulan Dikir Jabatan Ukur dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur
Foto: Facebook Jabatan Ukur