Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

ACARA RIADAH BERJALAN KAKI DISELAJURKAN DENGAN KEMPEN KEBERSIHAN BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

​​Hari Ahad, 10 Muharram 1447H bersamaan 06 Julai 2025M 

Kementerian Pembangunan telah mengadakan aktiviti Riadah Berjalan Kaki yang membawa tema “Walk as One, Work as One” di Taman Rekreasi Tanjung Batu, Muara. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. 

“Walk as One, Work as One” menggambarkan semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga Kementerian. Ia menyeru agar semua melangkah dan bekerja secara sepasukan, saling menyokong, serta bergerak ke arah matlamat yang sama demi kejayaan organisasi dan kesejahteraan bersama. 

Seramai 200 warga yang terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta Jabatan-Jabatan dibawahnya hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi acara tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah serta doa selamat, dan diteruskan dengan riadah berjalan kaki sejauh 1.2 kilometer. 

Sebagai usaha Kementerian ini dalam sama-sama menjaga kebersihan kawasan berkenaan, aktiviti riadah berkenaan diselajurkan dengan kempen kebersihan yang diharap akan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar serta memupukkan rasa tanggungjawab dalam bersama-sama menjaga kebersihan di tempat awam di kalangan warga Kementerian. Sebanyak 250 kilogram sampah yang terdiri daripada botol plastik, beg plastik, bungkusan makanan, penyedut minuman dan pukat ikan yang terbiar berjaya dikumpul semasa kempen kebersihan tersebut. Kesemua sampah tersebut telah dilupuskan dengan selamat dan teratur selepas acara berakhir. 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan Dan Profesional) Kementerian Pembangunan; dan Yang Mulia Ir. Awang Norazmi bin Othman, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. 

Acara yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal serta Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta JabatanJabatan di bawahnya. 

WhatsApp Image 2025-07-08 at 8.54.37 AM (1).jpeg WhatsApp Image 2025-07-08 at 8.54.37 AM (2).jpeg WhatsApp Image 2025-07-08 at 8.54.37 AM (3).jpeg WhatsApp Image 2025-07-08 at 8.54.38 AM (3).jpeg WhatsApp Image 2025-07-08 at 8.54.39 AM (1).jpeg WhatsApp Image 2025-07-08 at 8.54.39 AM.jpeg


Attachments