Ahad, 05 Rabiulawal 1446H | 08 September 2024M
Bandar Seri Begawan
Bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini
meneruskan Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam bagi tahun 1446 Hijrah di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai
Akar.
Rombongan Kementerian Pembangunan seramai 50 orang diketuai oleh Yang Berhormat
Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan
selaku Tetamu Kehormat Majlis.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan
Surah Al-Fatihah dan bacaan Dikir Syarafil ‘Anam. Majlis kemudiannya diteruskan dengan
sembahyang fardhu Isya’ berjemaah dan Dikir Qiam. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah
Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Muhammad Helmy
Bin Haji Jamil, Imam Tingkat 3, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan berserta
pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis seumpamanya ini diadakan bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan memupuk lagi rasa cinta kepada Baginda.
Rombongan Kementerian Pembangunan akan meneruskan majlis tersebut ke Masjid
Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, pada hari Khamis, 08 Rabiulawal 1446
bersamaan 12 September 2024