Bandar Seri Begawan, 12 April 2022
Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian
Pembangunan telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Qur’an Kementerian Pembangunan dan
Jabatan-Jabatan dibawahnya bertempat di Masjid Kampong Mentiri, Jalan Kota Batu pada hari
Selasa, 10 Ramadhan bersamaan 12 April 2022. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis
tersebut ialah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri
Pembangunan.
Majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa 1 unit vacuum, 1 unit pengesan
suhu badan, 1 unit A3 printer, 30 rehal Qur’an dan 30 helai sejadah sandar kepada Ketua Imam
Masjid Kampong Mentiri, Yang Mulia, Imam Haji Sanip bin Hj Nasar.
Majlis Tadarus Al-Quran diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat-ayat suci
Al-Qur’an secara bergilir-gilir yang dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan
diikuti oleh Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.
Majlis disusuli dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid
Kampong Mentiri, Yang Mulia, Imam Haji Sanip bin Haji Nasar.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang
Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan
dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji
Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan,
para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Majlis yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pentadbiran dan Kewangan dan Jabatan Kemajuan,
Jabatan Kerja Raya ini adalah antara aktiviti keugamaan Kementerian Pembangunan yang
disusun di sepanjang bulan Ramadhan.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam