Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

950 UNIT TERES AKAN DIBINA

​Selasa, 08 Ogos 2023 - Majlis Perletakan Batu Asas bagi projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7 telah disempurnakan pagi tadi oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

GroundBreaking2.png

Projek Perumahan Negara dibawah Rancangan Kemajuan Negara ke 11 ini, akan menyediakan 950 unit rumah jenis teres, diatas tapak seluas 80 Hektar, berserta dengan prasarana asas seperti bekalan letrik, bekalan air, sistem pembetungan dan sebagainya. Projek ini bernilai lebih dari BND 96 juta dan dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan. Perlaksanaan projek ini dikendalikan oleh Kontraktor yang dilantik, Thong & Thong Sendirian Berhad.

GroundBreaking3.png GroundBreaking6.png 

Turut hadir pada majlis tersebut, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) dan Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Penghulu Mukim Mentiri, Ketua Kampung Skim Perumahan Negara Tanah Jambu, Ketua-Ketua Jabatan berserta Pegawai- Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan, pihak Kontraktor dan pihak dari Gemilang Latif Associates, Perunding Primareka dan Sepakat Setia Perunding (B) Sendirian Berhad, Perunding yang mengendalikan projek berkenaan.

GroundBreaking1.png

Foto: Kementerian Pembangunan

Attachments