Khamis, 21 Syaaban 1446H bersamaan 20 Februari 2025M
Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi pegawai dan kakitangan yang bersara pada tahun 2023 dan 2024. Majlis diadakan di Dewan Muwafaqah, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Awang Muhamad Arif Hafizuddin bin Zaidi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat bagi pihak Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pesara.


Seramai 29 orang pegawai dan kakitangan diraikan di majlis tersebut dimana 13 daripadanya pegawai dan kakitangan yang telah bersara pada tahun 2023 dan selebihnya pada tahun 2024. Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan juga untuk mengenang jasa serta sumbangan pegawai dan kakitangan berkenaan sepanjang berkhidmat bersama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat bagi memberkati majlis dan sesi bergambar ramai.