Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

307 UNIT TERES DI BAWAH SKIM PERUMAHAN NEGARA KAMPUNG LUGU DIUNDIKAN

​Rabu, 05 Zulhijjah 1445H bersamaan 12 Jun 2024M

Sejumlah 307 unit rumah jenis teres di bawah Skim Perumahan Negara (SPN) Kampung Lugu telah diundikan pada hari Rabu, 12 Jun 2024 kepada pemohon-pemohon yang layak mengikuti SPN.

_HDD2469.JPG _HDD2615.JPG


Majlis Pengundian telah diadakan di Dewan Indah Biru, Kampung Lugu, Mukim Sengkurong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani.

_HDD2313.JPG _HDD2455.JPG


Sebelum Majlis Pengundian pada hari tersebut, para pemohon telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan pada 06 dan 08 Jun 2024 bagi mendengar penerangan mengenai peraturan dan syarat mengikuti SPN, tatacara pembayaran balik pinjaman perumahan, tatacara penyambungan bekalan air dan elektrik dan juga tatacara menghadapkan permohonan tambah ubahsuai rumah serta beberapa penerangan lainnya yang disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Kemajuan Perumahan dan wakil daripada Jabatan-Jabatan serta Agensi yang berkenaan.

Majlis Pengundian juga diselajurkan dengan penandatanganan Perjanjian Pajakan Bagi Mengikuti Skim Perumahan Negara dan penyerahan kunci-kunci rumah

Attachments