Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PAMERAN PRODUK PEMBINAAN SEMPENA HARI HABITAT SEDUNIA DIRASMIKAN

​Selasa, 10 Oktober 2023 - Pameran Habitat (HABITEX) sempena Hari Habitat Sedunia 2023 kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan selama satu (1) minggu kini dibukakan bagi kunjungan orang ramai mulai dari hari Selasa, 10 Oktober 2023 hingga hari Isnin, 16 Oktober 2023 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan pameran berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda Bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Pic5.jpeg 

Objektif utama pameran ini adalah untuk menyediakan platform bagi pengusaha-pengusaha mempromosikan dan mempamerkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan berkualiti termasuk produk binaan, hiasan rumah, perbankan dan kewangan, telekomunikasi, makanan dan minuman dan sebagainya.


Pic2.jpeg Pic6.png

Pameran Habitat (HABITEX) selama satu minggu tersebut diadakan di Ruang Legar Aras Bawah dan Tingkat 1, Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik yang disertai oleh lebih 20 peserta.

Pic7.png Pic8.png

Turut hadir semasa majlis perasmian berkenaan ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan.​

Attachments