Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN KERJA PESERTA PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF 18/2023

​​​Selasa, 05 September 2023 - Peserta Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Dasar Awam dan Pengurusan bagi Pegawai-pegawai Kanan Siri 18/2023, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kemajuan Perumahan. Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Haji Abdul Malik bin Haji Kamis​, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

1.png 

Rombongan seramai 32 orang itu terdiri daripada 15 orang pegawai kanan tentera yang berpangkat leftenan kolonel dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dua orang pegawai kanan dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), enam orang pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan, seorang pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan dan serta enam pegawai kanan tentera luar negara dari Republik Indonesia, Republik Singapura, Malaysia, Kesultanan Oman, Vietnam dan Republik Filipina turut serta dalam lawatan kerja tersebut. 

YM Dayang Raihanah binti Haji Azahari, Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan dalam ucapan aluan-aluan berharap melalui lawatan berkenaan para peserta akan mengetahui dengan lebih dekat perlaksanaan dasar dan strategi Jabatan Kemajuan Perumahan dalam menyumbang kepada pembangunan negara ke arah mencapai kehidupan yang berkualiti dan pembangunan mampan yang berterusan.

7.png 6.png

Sesi taklimat mengenai visi dan misi, dasar-dasar dan pelan-pelan tindakan Jabatan Kemajuan Perumahan disampaikan oleh Yang Mulia Awang Syairazi Bin Haji Awang, Ketua Bahagian Perancangan Projek dan ianya berlangsung di Dewan Muwafaqah, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan. Program lawatan pagi tadi diakhiri dengan sesi soal jawab dari para peserta.

3.png 4.png

Attachments