Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UTB ADAKAN LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN SPN KG TANAH JAMBU

​Khamis, 26 Sya’ban 1445 bersamaan 07 Mac 2024

Seramai 7 orang mahasiswa dan 3 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Brunei telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak pembinaan Skim Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu yang diketuai oleh Yang Mulia Pg. Dr. Haji Saiful Baharin bin Pg. Haji Duraman.

Rombongan telah diberikan taklimat oleh konsultan yang dilantik oleh kontraktor iaitu Perunding Primareka mengenai kaedah pembinaan dan aspek-aspek reka bentuk yang melibatkan proses konsep struktur utama dan sub-struktur serta penggunaan jenis bahan bagi pembinaan 950 unit rumah jenis teres di kawasan berkenaan.

WhatsApp Image 2024-03-09 at 9.23.01 AM (2).jpeg
Lawatan sambil belajar ini dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk melihat sendiri secara dekat kaedah pembinaan rumah di bawah Skim Perumahan Negara di samping dapat mengaitkan informasi yang didapatkan dari sesi lawatan ini dengan apa yang mereka pelajari di bawah Program Ijazah Sarjana Sains dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Attachments