Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS MEMBACA SURAH YAA SIIN & BERTAHLIL

​Khamis, 26 Sya’ban 1445H bersamaan 07 Mac 2024M

Adalah menjadi kelaziman di Negara Brunei Darussalam untuk mengadakan majlis membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil sebelum kedatangan bulan suci Ramadhan. Jabatan Kemajuan Perumahan juga tidak ketinggalan turut mengadakannya.

WhatsApp Image 2024-03-07 at 09.01.30_5a0ba76d.jpg 

Majlis diadakan di Surau Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan yang dihadiri oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abd Hamid serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin yang diikuti dengan bacaan Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Tolak Bala dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Attachments